|
BANTUAN
PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan
BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN. Bantuan Pelajaran ini diwujudkan untuk
mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana
Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Bantuan ini khusus untuk pelajar
yang berasal daripada keluarga miskin untuk menampung kos sara hidup pelajar
semasa di IPTA. Dengan demikian penerima akan dipilih daripada pelajar dari
Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin
dan daif.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program ijazah Sarjana Muda di
IPTA tempatan.
(iii) Berlatarbelakang keluarga miskin.
(iv) Peminjam PTPTN layak memohon
KADAR
BANTUAN DAN CARA BAYARAN
Amaun bantuan dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad dan
mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR. Sumbangan akan diberi melalui
Bendahari universiti.
PENGESAHAN PENDAPATAN
KELUARGA
Maklumat berkaitan
pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh seorang Penghulu Mukim
(atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibu bapa/penjaga) yang benar-benar
mengenali keluarga pemohon.
PERMOHONAN
Klik DI SINI untuk memuat turun
Borang Permohonan Bantuan Pelajaran
Tunku Abdul Rahman. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti anda.
Tarikh tutup permohonan : 30 September 2011.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Pemohon yang tidak dihubungi selepas 2 bulan dianggap tidak berjaya.
* muat turun Borang Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman
|