|

Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan
daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU
ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum
Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa
Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya
melalui proses pemilihan yang rapi.
SYARAT-SYARAT
PERMOHONAN
(a)
Syarat Asas
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Umur tidak melebihi 25
tahun pada tarikh tutup permohonan.
(b)
Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum
(i) Pelajar STPM/Asas/Matrikulasi yang lulus minimum
PNGK 3.75. Keputusan peperiksaan percubaan (trial
result) boleh digunakan *.
(ii) Pemohon juga dibuka kepada pelajar-pelajar yang
sedang dalam pengajian ijazah pertama jika mencapai minimum PNGK 3.75.
(iii) Kepujian
dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
(iv) Memiliki
kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam ko-kurikulum
(terutama di peringkat luar sekolah).
* Calon yang berjaya hanya ditentukan selepas menerima keputusan sebenar
peperiksaan. Pemberian biasiswa tertakhluk kepada pemohon diterima masuk
Institusi Pengajian Tinggi tempatan Negara.
(c) Syarat Tambahan
(i) Penerima BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN diperlukan berkhidmat untuk negara sekurang-kurangnya lima (5)
tahun
selepas
tamat pengajian yang ditaja.
KADAR BIASISWA
Kadar Biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.
PERMOHONAN
Klik
DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan
Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
Tarikh
tutup permohonan : 31 Mac 2012
Hanya
calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon
yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.
*
Muat
turun Borang Biasiswa Tunku Abdul Rahman
HONOUR ROLL
2010
1. Danial bin Abdul Rahman - Pingat Tunku (Emas)
>>>>>>>>
SENARAI
PENERIMA BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN <<<<<<<<
|