http://www.yayasantar.org.my  

 

Alamat

Alamat mulai 1 Jun 2010

Yayasan Tunku Abdul Rahman

A-10-12, Menara UOA Bangsar,

59000 Bangsar,

Kuala Lumpur.

 

Tel: 03-22836063/6073

 

Faks: 03-22836052

Emel: yayasantar@gmail.com

 

(Senang dicari - sebelah stesen LRT Bangsar)


 

DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Dermasiswa ini diwujudkan untuk mengenang  jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada graduan cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi Awam Negara yang berasal daripada keluarga miskin dan daif.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

                (i)   Warganegara Malaysia.

                (ii)  Tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam diantara 1 November 2009                        hingga 30 September 2010. Anda tidak perlu tunggu selepas Majlis Konvokesyen untuk                        memohon. Keputusan peperiksaan dan transkrip lengkap memadai.

               (iii)    Berlatarbelakang keluarga miskin.

(b) Syarat Kelayakan Akademik dan Ko-kurikulum

                (i)  Memperoleh keputusan cemerlang Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK / CGPA 3.50 atau lebih.

                (ii)  Memiliki kualiti kepimpinan dan penyertaan yang cemerlang/ aktif dalam ko-kurikulum.

KADAR DERMASISWA

Amaun dermasiswa dan bilangan penerima akan ditentukan secara muktamad dan mutlak oleh Lembaga Pemegang Amanah YTAR.  Sumbangan akan diberi dalam bentuk bayaran balik pinjaman PTPTN untuk peringkat ijazah pertama sahaja.

PENGESAHAN PENDAPATAN KELUARGA     

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh seorang Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan) yang benar-benar mengenali keluarga pemohon.

PERMOHONAN

Klik  DI SINI  untuk memuat turun Borang Permohonan Dermasiswa Tunku Abdul Rahman. Semua  Permohonan mesti  dibuat dengan sokongan Timbalan  Naib  Canselor  (Hal  Ehwal  Pelajar) universiti anda.Jika tidak ia akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan : 30 September 2010.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.

   * muat turun Borang Dermasiswa Tunku Abdul Rahman