Semenjak penubuhannya dalam
tahun 1966 YTAR telah mengeluarkan hadiah-hadiah
pelajaran seperti berikut:
Pingat
Tunku Abdul Rahman
Berupa pingat emas, sijil
penghargaan dan sijil Amanah Saham Gemilang
(ASG) sumbangan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) bernilai RM3,000.00 yang dihadiahkan
kepada graduan terpilih dari Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) tempatan setiap tahun. Pencalonan
dibuat oleh IPT yang berkenaan dan pemilihan
dilakukan oleh sebuah panel khas yang ditubuhkan
oleh YTAR. Antara kriteria pemilihan ialah
pencapaian akademik yang cemerlang dalam bidang pengajian ;
aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan memiliki
ciri-ciri atau potensi kepimpinan.
Anugerah
Tan Sri Khir Johari
Anugerah
ini adalah sempena
menghargai sumbang bakti
dan jasa khidmat yang
telah diberikan oleh
Allahyarham Tan Sri
Khir Johari sehingga
akhir hayatnya kepada
YTAR. Pencalonan
dibuat oleh IPT tempatan yang
berkenaan. Pemilihan
dilakukan oleh sebuah panel khas yang ditubuhkan
oleh YTAR.
Berupa sijil penghargaan
dan wang tunai sebanyak RM2,500
, anugerah ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan
kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang
minimum PNGK 3.0 sekalipun
menghadapi pelbagai
rintangan, keperitan
atau masalah kesihatan
dalam tempoh pengajian
mereka.
Derma
Siswa
Dianugerahkan kepada pelajar-pelajar
tajaan YTAR yang berjaya mendapat Kepujian
Kelas Pertama mulai sesi pengajian 1995 /
1996 di IPT tempatan dan luar negara. Ini merupakan satu cara YTAR memberi penghargaan
kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan
juga sebagai insentif kepada yang lain agar
berusaha ke arah kecemerlangan.
Hadiah
Akademik Yayasan Tunku Abdul Rahman
Hadiah ini diperkenalkan
pada tahun 1993 dan berupa wang tunai RM500.00
bagi kategori Pelajar Terbaik Keseluruhan
dalam Tahun Pertama Program Bacelor di Fakulti
Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
Ianya telah diberhentikan.
Biasiswa Ijazah Lanjutan
Tunku Abdul Rahman
Anugerah ini diperkenalkan
pada tahun 1997 dan dihadiahkan kepada warganegara
Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti
pengajian lepasan ijazah di IPT terkemuka
di dunia. Calon yang memohon hendaklah bermotivasi
tinggi, dinamik, dan memiliki keputusan akademik
yang cemerlang dalam bidang sains / teknologi
/ kejuruteraan / perubatan dan sebagainya.
Pemilihan dilakukan oleh sebuah panel khas
yang ditubuhkan oleh YTAR. Ianya telah dibekukan
untuk sementara waktu.