Bahasa Malaysia | English
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 
 

BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR)

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia

(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan

(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas

(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam Negara jika mencapai PNGK 3.50 dan ke atas, dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.

(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.

* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

(c) Syarat Tambahan

Pemohon yang disenarai pendek dikehendaki mengikuti Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan yang di aturkan oleh pihak YTAR dan temuduga pemilihan.

 

KADAR BIASISWA

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.

PERMOHONAN

Tarikh permohonan dibuka : 1 Mac 2014

Tarikh permohonan ditutup : 31 Mac 2014

Hanya pemohon yang telah mengikuti Program Pemerhatian Ciri Kepimpinan sahaja akan dipanggil untuk temuduga pemilihan. Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

 

 

BTAR

DTAR

PPTAR

 

 

 

 

 

Home | Sejarah Penubuhan | YTAR | Pemberian | Penerimaan | Tunku Scholars | Hubungi Kami  
Senarai Pemberi Biasiswa Lain