Bahasa Malaysia | English
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 

DERMASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (DTAR)

Dermasiswa ini dikhususkan untuk pelajar yang cemerlang pencapaian akademik dan sedang mengikuti pengajian dalam bidang Hard Sciences serta mempunyai potensi di dalam kepimpinan. Pemberian ini menampung kos sara hidup dan yuran pengajian semasa Ijazah Sarjana Muda penerima di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Penerima DTAR adalah dipilih daripada kalangan calon-calon yang telah berjaya mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan calon penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Penerima DTAR adalah pelajar yang berlatar belakangkan keluarga yang kurang berkemampuan.

Lembaga Pemegang Amanah YTAR menentukan amaun bantuan dan bilangan penerima.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

(iii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPT.

(iv) Berjaya mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan yang diaturkan oleh YTAR.

PENARAFAN PENERIMA DTAR

Mana-mana penerima DTAR yang berjaya menunjukkan kecemerlangan akademik dan prestasi kepimpinan yang menonjol, pertimbangan boleh dibuat untuk menaik taraf penerima kepada skim Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) dan diberi gelaran 'Tunku Scholar'.

BTAR

BPTAR

DTAR

PPTAR

 

 

 

 

 

Home | Sejarah Penubuhan | YTAR | Pemberian | Penerimaan | Tunku Scholars | Hubungi Kami  
Senarai Pemberi Biasiswa Lain