Bahasa Malaysia | English
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 

PENERIMAAN

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen No 43, 1966 bermatlamat memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan di semua peringkat pengajian sama ada di peringkat sarjana muda, sarjana mahupun doktor falsafah.

Sokongan kewangan ini membolehkan bakal graduan menumpukan sepenuh perhatian kepada pencapaian akademik yang cemerlang.

Namun begitu, gagasan untuk melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa adalah tidak memadai jika hanya bersandarkan kepada kecemerlangan akademik semata-mata.

Oleh yang demikian, YTAR juga menyediakan program-program yang telah dikenal pasti bagi memupuk kriteria, sikap dan keperibadian pemimpin berwibawa melalui saluran pengkayaan kendiri.

Kedua-dua matlamat penubuhan YTAR yang disalurkan melalui sokongan kewangan dan program terperi bagi melahirkan lapisan pemimpin berwibawa Negara.

Kami di YTAR mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana organizasi, pihak korporat dan persendirian yang mendukung falsafah serta matlamat penubuhan YTAR.

 

 

 

 

 

Utama | Sejarah Penubuhan | YTAR | Pemberian | Penerimaan | Tunku Scholars | Hubungi Kami

 
Senarai Pemberi Biasiswa Lain