Bahasa Malaysia | English
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
 

MATLAMAT

Matlamat penubuhan YTAR ialah memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan di semua peringkat pengajian sama ada di peringkat sarjana muda, sarjana mahupun doktor falsafah.

Sokongan kewangan ini membolehkan bakal graduan menumpukan sepenuh perhatian kepada pencapaian akademik yang cemerlang.

Namun begitu, gagasan untuk melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa adalah tidak memadai jika hanya bersandarkan kepada kecemerlangan akademik semata-mata.

Oleh yang demikian, YTAR juga menyediakan program-program yang telah dikenal pasti bagi memupuk kriteria, sikap dan keperibadian pemimpin berwibawa melalui saluran pengkayaan kendiri.

Kedua-dua matlamat penubuhan YTAR yang disalurkan melalui sokongan kewangan dan program terperi bagi melahirkan pemimpin berwibawa tersebut sejajar dengan aspirasi serta keperibadian YTM Tunku sendiri. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama serta masyhur dengan gelaran Bapa Kemerdekaan.

Beliau sentiasa diingati sebagai pemimpin terbilang yang menitikberatkan kecemerlangan pendidikan, pembentukan sahsiah diri, keperibadian terpuji yang disegani rakan mahupun lawan, jati diri yang mapan, daya pemikiran kritikal, analitikal dan inteligensia, serta kepimpinan penuh wibawa.

Empat (4) program teras YTAR terkini yang mendokong matlamat penubuhannya adalah seperti berikut:

• Biasiswa Tunku Abdul Rahman
• Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman
• Dermasiswa Tunku Abdul Rahman
• Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman

BTAR

BPTAR

DTAR

PPTAR

 

 

 

 

 

Home | Sejarah Penubuhan | YTAR | Pemberian | Penerimaan | Tunku Scholars | Hubungi Kami  
Senarai Pemberi Biasiswa Lain