http://www.yayasantar.org.my

  


Alamat

Alamat mulai 1 Jun 2010

Yayasan Tunku Abdul Rahman

A-10-12, Menara UOA Bangsar,

59000 Bangsar,

Kuala Lumpur.

 

Tel: 03-22836063/6073

 

Faks: 03-22836052

Emel: yayasantar@gmail.com

 

(Senang dicari - sebelah stesen LRT Bangsar)

 


spacer

Semasa Y.B. (kini Y.A.Bhg. Tun) Dato’ Sri Dr. Mahathir b. Mohamad menjadi Pengerusi YTAR, beliau telah menyusun semula pentadbiran YTAR dan merancangkan hadiah-hadiah pelajaran dan anugerah-anugerah khas. Usaha ini telah diteruskan sehingga kini.
        

Berikutan itu YTAR telah mengadakan majlis Makan Amal YTAR untuk memperkenalkan semula YTAR kepada orang ramai. Majlis Makan Amal YTAR yang pertama telah diadakan pada 20 Februari 1979 di Hotel Hilton Kuala Lumpur sempena ulang tahun kelahiran Y.T.M. Tunku yang ke-76.


Majlis yang gilang-gemilang itu telah dihadiri sendiri oleh Tunku serta Menteri-menteri Kabinet, Duta-duta, Ahli-ahli Parlimen, Pegawai-pegawai Tertinggi Kerajaan dan tokoh-tokoh korporat tempatan dan antarabangsa.
        

Acara kemuncak majlis itu ialah penyampaian anugerah Pingat Tunku. Mulai tahun 1992, majlis Makan Amal YTAR dan penyampaian anugerah Pingat Tunku menjadi acara tahunan YTAR dan terus mendapat sokongan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak, terutamanya tokoh / warga korporat dan agensi-agensi Kerajaan. Majlis ini juga membolehkan para penderma terutama dari syarikat-syarikat korporat menyumbang derma untuk menambah dana YTAR.


Dengan sokongan pelbagai pihak itu YTAR dapat terus memberi pinjaman / biasiswa kepada warga pelajar Malaysia yang layak, untuk mengikuti program ijazah pertama di IPTA / IPTS tempatan.