BIASISWA KHAS YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BKYTAR)

BKYTAR ini dikhususkan untuk pelajar yang cemerlang pencapaian akademik dan berpotensi di dalam kepimpinan. Pemberian ini menampung kos sara hidup dan yuran pengajian semasa mengikuti Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Penerima BKYTAR adalah dipilih daripada kalangan calon-calon penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman yang telah mengikuti Program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan YTAR. Penerima BKYTAR adalah pelajar yang berlatar belakangkan keluarga miskin atau yang kurang berkemampuan.

Lembaga Pemegang Amanah YTAR menentukan amaun bantuan dan bilangan penerima.

 

ASAS PEMILIHAN

(i) Warganegara Malaysia.

 

(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

 

(iii) Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPT.

 

(iv) Telah mengikuti Program Pemerhatian & Penilaian Ciri Kepimpinan yang diaturkan oleh YTAR.

 

PENARAFAN PENERIMA BKYTAR

Mana-mana penerima BKYTAR yang berjaya menunjukkan kecemerlangan akademik dan prestasi kepimpinan yang menonjol, pertimbangan boleh dibuat untuk menaik taraf penerima kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) / Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR) atau Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) dan diberi gelaran ‘Tunku Scholar’.