Mencapai pendidikan tinggi adalah hanya satu aspek, tetapi untuk maju adalah aspek yang lain.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman ialah biasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar berpotensi tinggi dan bercita-cita untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
Memandangkan Biasiswa memberi tumpuan kepada pembangunan holistik dan kecemerlangan berasaskan nilai dalam pengalaman, penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memulakan perubahan sebagai pemimpin muda dalam komuniti dan negara.
Biasiswa
Tunku Abdul Rahman
Biasiswa Tunku Abdul Rahman berasaskan dan dibina atas tiga tunjang utama:


Pendekatan Inklusif
Biasiswa ini memberi penekanan untuk mengenal pasti, memilih dan memperkasakan pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang di Malaysia, terutamanya mereka yang daripada komuniti kurang bernasib baik untuk membentuk komuniti pemegang biasiswa Tunku yang bersatu-padu.

Elaun Komprehensif
Biasiswa ini menyediakan sokongan penuh merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan dan tahunan untuk mengurangkan sekatan kepada pelajar dan memastikan pelajar untuk terus maju di universiti.
Pembangunan Holistik
Pemegang biasiswa akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun untuk mempersiapkan diri sebagai duta bagi nilai kami dan berkhidmat kepada Malaysia.
Sokongan Kewangan
Biasiswa Tunku Abdul Rahman menyediakan sokongan kewangan yang khusus dalam bidang berikut :
Yuran Universiti
Tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.
Elaun sara hidup akan diberikan pada setiap bulan sepanjang tempoh penerimaan biasiswa.
Elaun Bulanan
Elaun Tahunan
Elaun pembangunan profesional untuk peningkatan diri penerima biasiswa. Dana ini juga boleh dimanfaatkan untuk projek komuniti (rujuk di bawah). Elaun alat tulis dan buku juga turut disediakan.
Bagi menampung perbelanjaan lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian formal atau penerbangan (untuk penerbangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung sahaja).
Elaun Sekali
Program Pembangunan
Kepimpinan
Dalam Yayasan ini, kami sedaya upaya berusaha untuk membimbing penerima biasiswa Tunku supaya menjadi seorang individu yang akan memberi perubahan bermakna dalam komuniti. Program Pembangunan Kepimpinan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibina di atas tiga asas utama:
Etika dan Nilai
Menyemai nilai-nilai yang diilhamkan oleh Tunku untuk membina pemimpin yang berakhlak mulia dan mempunyai sifat belas kasihan secara peribadi dan profesional.
Pemimpin Komuniti
Pembangunan minda berfokuskan kepada perkhidmatan untuk berjasa kepada komuniti dengan meninggalkan impak yang bermakna.
Kebolehpasaran
Memupuk bakat dan kemahiran penerima biasiswa kami dalam laluan kerjaya yang pelbagai untuk berjaya di tempat kerja.
Semua penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun :
Penerima biasiswa akan menghadiri kem dan bengkel untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi dua hala mereka.

​​Syarat Kelayakan
Kriteria Umum
Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan biasiswa.
Telah menamatkan pengajian pra-universiti dan mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian sarjana muda di mana-mana universiti awam atau swasta tempatan yang diiktiraf oleh MQA.
Pemohon yang baru menamatkan program pra-universiti akan diberikan tawaran bersyarat tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian daripada universiti tempatan yang diiktiraf MQA (awam atau swasta).
Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:
Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.
Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai YTAR.
Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bagi tahun 2023 kini ditutup. Permohonan BTAR bagi tahun 2024 akan dibuka pada Februari 2024.
Proses Permohonan
Borang Permohonan
Hantar borang permohonan biasiswa sebelum 3 Julai 2023 jam 11.59 malam.
Temuduga & Penilaian
Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temu duga dan penilaian atas talian.
Penganugerahan Biasiswa
Pemohon yang paling layak akan menerima surat tawaran dan memulakan perjalanan biasiswa mereka.
Jika anda mempunyai soalan yang belum dijawab, anda boleh rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk bantuan.
Biasiswa Rakan Kongsi
Pemohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh memohon biasiswa kami dengan kerjasama rakan kongsi kami dari universiti korporat dan swasta. Biasiswa rakan kongsi termasuklah:

Biasiswa AHAM- YTAR bekerjasama dengan AHAM Asset Management Berhad untuk menyokong pemimpin muda dari universiti awam tempatan dalam kursus yang terpilih.
DANA TIE - YTAR
Biasiswa Towards Inclusion and Equity (TIE) - YTAR bekerjasama dengan Asia Philanthropy Circle untuk menyokong pelajar dari universiti awam tempatan.
Yayasan Universiti Teknologi PETRONAS (YUTP) - Biasiswa YTAR menyokong pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS.
.png)
Biasiswa Yayasan Universiti Multimedia (YUM) - YTAR menyokong pelajar untuk melanjutkan pengajian di Universiti Multimedia.

Universiti Nottingham Malaysia (UNM) - Biasiswa YTAR menyokong pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham Malaysia.


The Heriot-Watt University Malaysia (HWUM) - Biasiswa YTAR menyokong pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

The International Medical University (IMU) - YTAR Scholarship menyokong pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di International Medical University.
Penerima Biasiswa
Tunku Kami
Baca kisah penerima biasiswa Tunku kami yang lepas tentang program ini!
Biasiswa ini lebih daripada bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program Biasiswa telah membantu saya untuk berkembang maju di universiti dengan program pembangunan kepimpinan holistik yang merangkumi sokongan dan bimbingan peribadi serta akses kepada rangkaian luas pemimpin muda Malaysia.

Shashivarmaan
Penerima Biasiswa Tahun 2019
Biasiswa Tunku Abdul Rahman telah membolehkan saya mengakses pendidikan tinggi dan berkembang maju dalam pendidikan saya dengan elaun dan sokongan komprehensif yang telah membantu membuka peluang untuk mengembangkan potensi kepimpinan saya dan berkhidmat kepada komuniti saya di Sabah.

Sarniezah
Penerima Biasiswa Tahun 2020
Berasal dari keluarga berpendapatan rendah, saya tidak pasti sama ada ijazah universiti berada dalam jangkauan saya dan bersedia untuk bekerja selepas menyambung diploma. Walau bagaimanapun, Biasiswa Tunku Abdul Rahman menjadikan impian saya menjadi kenyataan dan saya selangkah lebih dekat untuk menjadi seorang Jurutera Perisian.

Tan Wei Siang
Penerima Biasiswa Tahun 2021
Lahirkan Lebih Banyak Pemangkin Negara.
Rakan Kongsi Dengan Kami.
Bersama-sama, kita boleh memperkasa dan menyokong generasi baharu pemimpin Malaysia dalam membentuk masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan untuk semua masyarakat secara menyeluruh.



Menjadi
Seorang Penaja
Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang penerima biasiswa Tunku mencapai impian pendidikan mereka dan menyumbang secara bermakna kepada komuniti mereka.
Sumbang Kepada Dana
Sokong perjalanan pengajian tinggi seorang penerima biasiswa atau sumbangkan ringgit anda dengan menyumbangkan kepada dana wakaf kami.
Rakan Kongsi Bersama Kami
Mempercepatkan pembangunan Tunku Scholar kami dengan menyediakan peluang pembangunan peribadi, kerjaya dan rangkaian.