Pilih satu Halaman
BM / EN

ANUGERAH

Anugerah Tunku Award

Bukan hanya kecemerlangan akademik yang diraikan YTAR - sebaliknya, penghormatan adalah untuk orang yang telah jauh mengembara dan mencapai tahap yang membuat semua orang berasa, "Saya juga boleh melakukannya."

Yayasan Tunku Abdul Rahman

Anugerah Pingat Tunku

Sejak 1979, Pingat Tunku telah dianugerahkan setiap tahun kepada tiga orang pelajar universiti tempatan yang telah mencapai kecemerlangan akademik di peringkat ijazah Sarjana Muda. Pada 2010, anugerah ini diperluaskan kepada tiga kategori (emas, perak dan gangsa).

Penganugerahan Pingat Tunku adalah sebagai satu simbol pengiktirafan kepada pelajar yang telah berusaha gigih ke arah pencapaian akademik, mencerminkan nilai-nilai yang ditegakkan oleh YTAR selepas suatu proses saringan yang ketat dijalankan.

Kriteria Anugerah Pingat Tunku adalah seperti berikut:

  • PNGK 3.80 ke atas
  • Penerima anugerah graduan cemerlang IPTA dan dicalonkan oleh universiti mereka.

Pelajar yang berjaya dalam pengajian mereka dicalonkan oleh universiti masing-masing untuk menjalani proses saringan yang ketat untuk anugerah ini. Tiga kategori anugerah adalah:

PINGAT TUNKU EMAS

PINGAT TUNKU PERAK

PINGAT TUNKU GANGSA

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.