Pilih satu Halaman
BM / EN

BIASISWA

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

Sesuatu yang saya ingin tekankan kepada anda semua sebagai pemuda Malaysia, dan juga kepada kesemua rakyat Malaysia. Negara kita bukan datangnya dari ciptaan seseorang sahaja; malah ia dicipta oleh kehendak semua. Kewujudan Malaysia adalah hasil daripada kepercayaan dan tujuan bersama dari kita semua.

- YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR)
(IJAZAH SARJANA MUDA)

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di universiti. Biasiswa ini ini terbuka kepada semua, dan ditumpukan khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian.

Selain daripada elaun, BTAR juga membantu para pelajar dengan program kepimpinan dan mentorship.

BANTUAN KEWANGAN

YURAN UNIVERSITI

  • Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang       
    diiktiraf oleh MQA.

ELAUN BULANAN

  • Pemberian elaun sara pada untuk setiap bulan.

ELAUN TAHUNAN

  • Elaun Perkakasan.
  • Elaun Buku.

ELAUN SEKALI SEPANJANG BIASISWA

  • Elaun Tesis
  • Elaun Komputer Riba
  • Elaun Penampilan Diri
  • Elaun penerbangan pergi dan balik dari Semenanjung dan Malaysia Timur (Yang Berkenaan)

PROGRAM KEPIMPINAN

BIMBINGAN PROFESIONAL

  • Bimbingan oleh mentor industri/Alumni Tunku Scholar untuk bimbingan kerjaya dan perkembangan diri.

BENGKEL DAN KEM

  • Menghadiri bengkel dan kem untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan kemahiran interpersonal.

PROJEK PEMBANGUNAN

  • Dana pembangunan diri yang boleh digunakan untuk pembangunan diri atau untuk penajaan projek yang memberi manfaat kepada komuniti.

KRITERIA KELAYAKAN

Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia dalam semua bidang pengajian untuk memohon kerana setiap permohonan akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pasukan YTAR. Antara kriteria pemilihan yang kami cari dalam proses pemilihan ialah:

01. Ketabahan

  • Keupayaan untuk mengatasi cabaran dan tabah dalam menetapkan dan mencapai matlamat peribadi, tanpa mengira kegagalan.

02. Kepimpinan

  • Mempunyai pengalaman kepimpinan (dalam kelab atau persatuan dan mempunyai matlamat untuk mempengaruhi orang lain secara positif dan memacu perubahan di Malaysia dalam keupayaan tersendiri (di dalam dan di luar Malaysia)

03. Semangat untuk belajar

  • Kami meraikan pelajar dengan minda yang sangat dahaga dan naluri ingin tahu intelek untuk meneroka bidang pengajian mereka dan melampauinya.

04. Keupayaan Akademik

Keupayaan akademik yang dipasangkan dengan minat pembangunan diri melalui penyertaan aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum. Kami mempertimbangkan:

 

  • PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU 
  • BBB untuk A-level
  • NOTA: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih amat digalakkan untuk memohon

05. Keperluan Kewangan

Keutamaan akan diberikan kepada yang berikut:

  • Pendapatan isi rumah bernilai RM4,850 ke bawah
  • Pertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajian
  • Calon yang pernah melalui cabaran hidup yang signifikan

Kami sangat menggalakkan penyertaan surat perakuan oleh guru / pengetua / dekan atau mana-mana pihak berkuasa lain di institusi pendidikan anda untuk menyokong permohonan anda.

PROSES PEMILIHAN

Sediakan dokumen sokongan

(IC, transkrip / keputusan peperiksaan, sijil, surat sokongan)

Memohon dalam talian melalui laman web kami

Permohonan Dalam Talian - Soalan Esei

Pusat Penilaian dan Temu Duga

Penganugerahan surat Biasiswa

BIASISWA TUNKU-RAKAN KONGSI

Yayasan Tunku Abdul Rahman bertujuan untuk menjadi program biasiswa terkemuka di Malaysia yang berfokuskan pada nilai-nilai murni serta melibatkan komuniti B40.

Pada masa ini, kami mendapat sokongan daripada Affin Hwang Asset Management dan Universiti Multimedia dalam memperkasakan pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dan layak melalui Biasiswa Tunku-Rakan Kongsi.

Biasiswa Tunku-Affin Hwang 

Biasiswa Tunku-Affin Hwang merupakan hasil daripada hubungan perkongsian kami bersama Affin Hwang Asset Management (AHAM) yang bermula sejak tahun 2020. AHAM sentiasa komited dalam memupuk pemimpin-pemimpin muda untuk masa hadapan negara.

Butiran tentang Biasiswa Tunku-Affin Hwang:

  • Hanya terbuka untuk kursus-kursus yang terpilih seperti Kewangan, Pentadbiran, Perdagangan dan Perundangan.*
  • Bantuan kewangan penuh terhadap yuran universiti dan elaun.
  • Program bimbingan profesional melalui mentorship.
  • Peluang untuk mendapatkan jawatan magang dan mengembangkan rangkaian profesional di AHAM.

* Senarai lengkap tentang kursus-kursus yang diterima boleh didapati dalam borang permohonan.

 Permohonan bagi Biasiswa Tunku-Affin Hwang TELAH DITUTUP untuk tahun 2021.

Biasiswa Tunku-MMU 

Biasiswa Tunku-MMU bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan tetap mempunyai potensi yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke MMU.

Butiran tentang Biasiswa Tunku-MMU: 

  • Hanya terbuka untuk pelajar atau pemohon Universiti Multimedia (MMU).
  • Terbuka kepada semua kursus.
  • Bantuan kewangan terhadap yuran universiti akan ditaja oleh MMU.
  • Elaun pelajar akan disediakan oleh YTAR.

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.