Pilih satu Halaman
BM / EN

BIASISWA

Biasiswa Sarjana Muda

BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN
(BPTAR)

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) adalah dikhususkan kepada pelajar yang berasal dari latar belakang kurang berkemampuan dan meliputi kos sara hidup untuk dua (2) semester (sepuluh bulan sahaja) bagi pelajar sepenuh masa program ijazah sarjana muda dari universiti awam di Malaysia. Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

 

Antara kriteria pemilihan yang kami cari dalam proses pemilihan ialah:

01

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
  • Berlatar belakang keluarga miskin (B40) dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
  • Nota: Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.

02

Pengesahan pendapatan keluarga

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Peringatan: Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi. Pemohon yang tidak dihubungi oleh Hal Ehwal Pelajar universiti selepas 3 bulan daripada tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya. Sila rujuk pejabat hal ehwal pelajar universiti awam anda untuk sebarang pertanyaan.