Pilih satu Halaman
BM / EN

BIASISWA

Biasiswa Sarjana Muda

Sesuatu yang saya ingin tekankan kepada anda semua sebagai pemuda Malaysia, dan juga kepada kesemua rakyat Malaysia. Negara kita bukan datangnya dari ciptaan seseorang sahaja; malah ia dicipta oleh kehendak semua. Kewujudan Malaysia adalah hasil daripada kepercayaan dan tujuan bersama dari kita semua.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN
(IJAZAH SARJANA MUDA)

Biasiswa ini terbuka kepada semua, dan ditumpukan khususnya kepada pelajar berpotensi tinggi yang amat memerlukan bantuan kewangan untuk menampung yuran pengajian universiti dan sara hidup semasa pengajian.

Biasiswa Tunku Abdul Rahman memberi:

  • Penajaan penuh untuk yuran pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang       
    diiktiraf oleh MQA
  • Program pembangunan diri dan kepimpinan
  • Pemberian elaun sara hidup untuk setiap bulan
  • Dana pembangunan diri yang boleh digunakan untuk pembangunan diri atau untuk penajaan projek yang  memberi manfaat kepada komuniti
  • Bimbingan daripada Tunku Scholar Alumni
  • Elaun Perkakasan (Setahun sekali)
  • Elaun Buku (Setahun sekali)
  • Elaun Thesis
  • Elaun penerbangan pergi dan balik dari Semenanjung dan Malaysia Timur (Yang Berkenaan)
  • Elaun Komputer Riba
  • Elaun Penampilan Diri

    Kami menggalakkan semua rakyat Malaysia dalam semua bidang pengajian untuk memohon kerana setiap permohonan akan dinilai secara individu dan menyeluruh oleh pasukan YTAR. Antara kriteria pemilihan yang kami cari dalam proses pemilihan ialah:

01

Ketabahan

  • Keupayaan untuk mengatasi cabaran dan tabah dalam menetapkan dan mencapai matlamat peribadi, tanpa mengira kegagalan.

02

Keupayaan akademik

Keupayaan akademik yang dipasangkan dengan minat pembangunan diri melalui penyertaan aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum. Kami mempertimbangkan:

  • PNGK 3.0 atau setaraf untuk STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma, ATAU 
  • BBB untuk A-level
  • Nota: Sila kemukakan keputusan SPM anda untuk rujukan kami
  • Nota: Pelajar yang tidak memenuhi syarat akademik ini tetapi sangat aktif dalam kepimpinan dan aktiviti luar kurikulum masih amat digalakkan untuk memohon

03

Keperluan kewangan

Keutamaan akan diberikan kepada yang berikut:

  • Pendapat isi rumah bernilai RM4,000 ke bawah
  • Pertama di kalangan adik-beradik yang menyambung pengajian
  • Calon yang pernah melalui cabaran hidup yang signifikan

04

Kepimpinan

  • Mempunyai pengalaman kepimpinan (dalam kelab atau persatuan dan mempunyai matlamat untuk mempengaruhi orang lain secara positif dan memacu perubahan di Malaysia dalam keupayaan tersendiri (di dalam dan di luar Malaysia).

05

Semangat untuk belajar

  • Kami meraikan pelajar dengan minda yang sangat dahaga dan naluri ingin tahu intelek untuk meneroka bidang pengajian mereka dan melampauinya.

Kami sangat menggalakkan penyertaan surat perakuan oleh guru / pengetua / dekan atau mana-mana pihak berkuasa lain di institusi pendidikan anda untuk menyokong permohonan anda.

PROSES PEMILIHAN

Sediakan dokumen sokongan

(IC, transkrip / keputusan peperiksaan, sijil, surat sokongan)

Memohon dalam talian melalui laman web kami

Permohonan Dalam Talian - Ujian Menulis

Pusat Penilaian dan Temu Bual

Penganugerahan surat Biasiswa

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.