Pilih satu Halaman
BM / EN

BERITA DAN BLOG

Kisah Scholar Kami – Flora, Tunku Scholar 2020

18 Mac 2021 | Artikel

Berasal dari Seremban bersama seorang ibu tunggal yang sudah uzur, saya bertekad untuk menjadi orang yang pertama dalam keluarga saya untuk menghadiri universiti. Dengan melanjutkan pengajian, saya percaya bahawa saya dapat menambah baik diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Saya sedar jika saya ingin mengejar impian ini, saya perlu mengambil jalan yang tidak pernah diambil oleh mana-mana ahli keluarga saya yang lain. Saya mahu menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling saya dan meyakinkan mereka bahawa pengajian tinggi adalah sebuah cita-cita yang mereka mampu impikan.

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow
Slider

Zaman universiti adalah sukar – saya tidak mempunyai duit yang cukup untuk membayar yuran kemasukan serta juga makanan. Walaupun saya bekerja sebagai pengasuh dan jurugambar semasa cuti semester, saya masih tidak berkemampuan untuk membayar yuran kelas serta menanggung kos sara hidup. Sejak menerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), beban kewangan saya telah banyak berkurang.

Pengalaman membesar di kalangan komuniti yang terpinggir telah memberikan saya peluang sebagai saksi kepada banyak kes pengabaian dan perselisihan antara pasangan  di mana si isteri tidak tahu tentang hak dirinya dari segi undang-undang. Pada masa ini, saya menjalankan tugas saya dengan melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan, terutamanya yang berfokuskan terhadap golongan B40.

Baru-baru ini, saya telah menjalankan sebuah kempen derma untuk menyediakan barang-barang keperluan kepada keluarga yang sedang menghadapi kesukaran ketika pandemik ini. Saya berharap untuk terus menyumbang kepada kebaikan golongan B40 dalam aspek selain daripada pemberian barangan keperluan asas.

Selepas saya berjaya menamatkan pengajian saya, saya ingin mengatur satu inisiatif untuk mendidik masyarakat tentang hak asasi dan kebebasan mereka. Untuk jangka masa yang panjang, saya bercita-cita untuk memulakan firma guaman sendiri untuk menyediakan perkhidmatan yang berpatutan untuk golongan yang berkeperluan tinggi serta memberikan akses kepada keadilan untuk semua rakyat!

 

—–

 

Jika anda merupakan pelajar universiti generasi pertama seperti Flora yang bertekad untuk berjuang dalam kehidupan, silalah mohon untuk menjadi Tunku Scholar 2021. Biasiswa ini membantu pelajar universiti generasi pertama dari segi cita-cita, kemahiran, nilai-nilau murni, dan cara pemikiran yang diperlukan untuk mereka memimpin diri sendiri serta masyarakat sekeliling mereka.

 

Ditulis oleh:

Flora binti Haron merupakan seorang Tunku Scholar 2020 yang sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dia adalah seorang yang serba boleh dengan melibatkan dirinya dalam bidang seni persembahan, aktiviti kemasyarakatan, badan kepimpinan pelajar, serta aktiviti sukan.

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.