Pilih satu Halaman
BM / EN

BERITA DAN BLOG

Kisah Scholar Kami – Tanes, Tunku Scholar 2020

18 Mac 2021 | Artikel

Sejak abang dan kakak telah mula bekerja, saya telah diberikan peranan untuk menjadi pengasuh kepada ibu bapa saya. Berbanding dengan rakan-rakan yang dapat menikmati zaman remaja mereka, saya banyak meluangkan masa dengan menemani ibu bapa saya ke hospital untuk memastikan mereka menerima ubat serta juga melaksanakan tugas-tugas rumah tangga.

Detik perubahan dalam hidup saya adalah apabila ibu saya disyaki menghidap penyakit barah dan keputusan untuk meneruskan diagnosis dan rawatan telah diserahkan kepada saya. Tanpa akses kepada internet atau apa-apa sumber lain, satu-satunya orang yang saya mampu rujuk adalah guru biologi saya yang telah menjelaskan penyakit tersebut kepada saya dan memberi nasihat tentang langkah-langkah yang seharusnya diambil untuk menjaga kesihatan ibu saya. Inilah saat-saat yang telah menyedarkan saya tentang kepentingan mempunyai akses kepada maklumat kesihatan.

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow
Slider

Ketika saya muda, saya tidak pernah teringin untuk menjadi seorang doktor. Tetapi, pengalaman menjaga ibu saya dalam pertarungannya dengan penyakit paru-paru serta keadaan kesihatan bapa saya, telah mengubah diri saya. Saya mula berminat terhadap bidang perubatan dan keyakinan saya terhadap bidang tersebut juga telah meningkat. Namun, saya mengalami banyak halangan untuk diterima masuk ke institusi perubatan dan mencapai impian saya. Saya menghadapi masalah kewangan yang serius semasa saya terpaksa membiayai yuran pengajian universiti dan juga kos sara hidup saya sendiri. Bahkan, ada kalanya ibu saya menyarankan agar kami meletakkan rumah kami untuk disewa ataupun meminjam duit daripada saudara-mara.

Disebabkan rasa takut akan kegagalan untuk mencapai impian saya, saya telah membuat banyak permohonan biasiswa dan berjaya menerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Biasiswa ini telah membenarkan saya untuk mengejar cita-cita saya untuk merapatkan jurang akses kesihatan dengan memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dapat disediakan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Bagi memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan ini dapat menjangkau ke setiap sudut negara, saya ingin memulakan inisiatif doktor tanpa sempadan yang akan menjadi kunci untuk mencapai keadilan dalam kesihatan untuk semua rakyat Malaysia.

 

—–

 

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) ingin memperkasakan para pelajar seperti Tanesvaran untuk mencapai impian dan cita-cita mereka. Kelebihan biasiswa dan program kepimpinan 2 tahun yang disertakan bersama akan melatih Scholars dengan asas yang kukuh untuk memimpin diri dan komuniti mereka. Mohonlah untuk menjadi Tunku Scholar pada hari ini!

 

Ditulis oleh:

Tanesvaran A/L Balakrishnen adalah Tunku Scholar 2020 yang sedang melanjutkan pengajiannya untuk menjadi seorang doktor di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dia merupakan yang pertama dalam keluarganya untuk menghadiri universiti dan juga menjadi doktor.

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.