Pilih satu Halaman
BM / EN

BERITA DAN BLOG

Kisah Scholar Kami – Wu Shern, Tunku Scholar 2019

15 Mac 2021 | Artikel

Wu Shern adalah seorang Tunku Scholar 2019 kami yang yakin dalam kuasa bercerita. Sebagai projek komuniti Tunku Scholar, Wu Shern telah memilih untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari yang menceritakan tentang kisah seorang wira Taiping, iaitu En. Stephen Chow dari Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping (juga dikenali sebagai ESDA).

Pusat komuniti yang ditubuhkan oleh En. Stephen tersebut memberi fokus pada penghasilan kraftangan, perkhidmatan dobi dan kitar semula, sesi terapi untuk membantu kanak-kanak yang kurang upaya serta sebagai pusat pembelajaran bagi kanak-kanak yang terpinggir. Selain daripada filem dokumentari ini, Wu Shern dan pasukannya juga berjaya mengumpul dana sebanyak RM524 dan telah menderma sebanyak 30 hand sanitizers serta bahan-bahan kitar semula kepada ESDA.

Tontoni filem dokumentari tersebut di bit.ly/mytaipingstory.

Wu Shern percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mengubah komuniti masing-masing. Dia berharap agar filem ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada komuniti mereka, sama ada dalam bentuk sukarelawan, bantuan kewangan, pendermaan barang, sokongan ataupun pengenalan kepada perubahan dasar.

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow
Slider

Sebagai sebahagian daripada Biasiswa Tunku Abdul Rahman, Tunku Scholars kami akan melalui program kepimpinan selama 2 tahun. Program ini telah dibentuk untuk melatih Scholars dengan kemahiran, cara pemikiran, dan nilai-nilai untuk menghasilkan impak yang positif terhadap komuniti semasa dan juga masa hadapan. Scholars akan menerima bimbingan dalam bentuk mentorship, akses kepada peluang pembangunan diri seperti bengkel dan kem, serta peluang untuk memimpin dan menjalankan sebuah projek komuniti mereka sendiri.

Melalui projek komuniti, Scholars akan berpeluang untuk membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan perubahan dalam komuniti mereka. Scholars juga akan diberikan sokongan sepanjang tempoh projek tersebut termasuklah latihan dan sumber untuk menjayakan inisiatif tersebut.

Jika anda bercita-cita untuk menjadi pembina negara dan mengembangkan potensi kepimpinan diri, mohonlah untuk menjadi Tunku Scholar pada hari ini!

Jika anda ingin membantu ESDA melalui derma atau kaedah lain, sila layari laman Facebook mereka untuk maklumat lanjut.

 

Kisah tentang:

Toh Wu Shern adalah Tunku Scholar 2019 yang kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang fisioterapi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.