Pilih satu Halaman
BM / EN

MENGENAI YTAR

MENGAPA YTAR?

Beliau (Tunku) mengajar kami bahawa dalam sesebuah negara berbilang kaum, berbilang budaya dan berbilang agama seperti Malaysia, setiap individu di Malaysia berperanan mengukuhkan negara melalui perpaduan nasional berdasarkan persefahaman bersama dan menghormati satu sama lain.

Tun Datuk Seri Utama Dr. Lim Chong Eu, in Prince Among Men

Menjadi Scholar Tunku menjadi pembina bangsa.

Sebagai sebuah organisasi, YTAR adalah lebih daripada sekadar pemberi biasiswa; paling utama, YTAR memberi tumpuan untuk membina potensi dan memupuk minat. Biasiswa Tunku Abdul Rahman menyediakan program kepimpinan yang holistik serta bimbingan profesional secara individu dari alumni Tunku Scholar sebagai ganjaran tambahan kepada pemberian biasiswa penuh yang meliputi semua perbelanjaan universiti serta elaun bulanan.

Kami percaya bahawa setiap individu Malaysia perlu diberi peluang untuk membina diri dalam usaha mereka untuk menggapai cita-cita mereka untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih baik. Sebagai sebuah organisasi, pelajar-pelajar kami dipupuk dengan kemahiran, minda dan nilai untuk menghormati dan menyokong legasi Tunku Abdul Rahman.

Pemilihan pemegang biasiswa kami mewakili kepelbagaian di Malaysia dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Tanpa megira latar belakang kewangan, bidang pengajian, bangsa atau agama, ada pemegang biasiswa Tunku yang serupa dengan anda. Mari bertemu dengan pemegang biasiswa kami atau ketahui apa yang sedang dicapai oleh alumni kami.

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.