MENGENAI YTAR
MENGENAI Tunku Abdul Rahman


- Almarhum Tan Sr Khir Johari's description of YTM Tunku Abdul Rahman
PUTERA DALAM KALANGAN RAKYAT

YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
“Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.”
Dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan anak yang ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Semasa beliau kecil, beliau dikenali dengan sikapnya yang nakal dan juga mempunyai prestasi yang rendah di sekolah. Ahli keluarganya bertambah risau akan Tunku dan lalu menghantar beliau ke Bangkok, Thailand untuk menghadiri Debsirin School. Pada tahun 1915, Tunku pulang kembali ke Tanah Melayu dan sambung persekolahannya di Penang Free School.
Empat tahun kemudian, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Undang-Undang di Kolej St Catharine, University of Cambridge. Pada mulanya, permohonan beliau untuk tinggal di kolej kediaman telah ditolak atas diskriminasi warna kulit beliau. Permohonan itu kemudiannya diterima setelah disedari bahawa beliau adalah seorang putera raja. Demi melindungi maruah beliau, Tunku menolak tawaran itu dan menyewa sebuah bilik sepanjang pengajiannya.
Salah satu tonggak kerjaya politik Tunku adalah pelantikannya sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), menggantikan Dato ‘Onn Jaafar pada tahun 1951. Dia menyatukan pelbagai komuniti Tanah Melayu yang berbagai bangsa dan menerajui pakatan antara UMNO, Persatuan Cina Malaya ( MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Melalui kerjasama dan perpaduan, Parti Perikatan memenangi pilihan raya pada tahun 1955 dan Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Pada tahun 1956, Tunku mengetuai sebuah kempen untuk berunding dengan pihak Inggeris demi kemerdekaan Tanah Melayu. Hasil daripada rundingan tersebut, tarikh kemerdekaan telah diputuskan pada 31 Ogos 1957 dan Persekutuan Tanah Melayu juga dijanjikan penyerahan kuasa sepenuhnya.
Pada tarikh yang telah dijanjikan, Tunku Abdul Rahman telah dijadikan Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Beliau berjaya mengekalkan jawatan tersebut apabila Persekutuan Malaysia (yang ketika itu mengandungi Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak) ditubuhkan pada tahun 1963.
Pemisahan Singapura daripada gagasan Malaysia, serta kuasa dan pengaruhnya yang semakin berkurang, Tunku membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada September 1970. Pada tahun yang sama, beliau juga menjadi salah seorang daripada pengasas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agung yang pertama pada tahun 1971.
Pada tahun 1990, Tunku Abdul Rahman mangkat ketika berumur 87.

- YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman, dalam Majlis Belia Malaya, 1960
KISAH-KISAH TUNKU
APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?
Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.