MENGENAI YTAR
SEJARAH YTAR

- Yayasan Tunku Abdul Rahman

1966 - Permulaan
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 1966 hasil inisiatif gagasan Utusan Melayu (kini Utusan Malaysia). Ianya bermula sebagai tabung sumbangan kumulatif para pemimpin Malaysia yang bersemangat membantu pelajar daripada keluarga yang kurang bernasib baik. Walaupun ia bermula dengan hasrat membantu orang Melayu yang miskin, tabung ini berkembang dengan cepat untuk membantu kaum-kaum lain di Malaysia, bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang telah menyatukan rakyat Malaysia.

YTAR bermula dengan memberikan
pinjaman pendidikan kepada
ORANG PELAJAR
dengan dana berjumlah
Ringgit Malaysia
JUTA
2006 - 2011
Pada 2006, pinjaman ini kemudiannya digantikan dengan Biasiswa Tunku Abdul Rahman kepada pelajar yang berpotensi tinggi daripada semua kaum, latar belakang kewangan dan bidang pendidikan. Pelajar yang dianugerahkan dengan biasiswa ini diberikan gelaran Tunku Scholars. YTAR juga mula menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang kurang bernasib baik sejak tahun 2011.
Melihat ke hadapan
Mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin dan orang berpengaruh pada masa depan dalam bidang mereka, untuk mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik walaupun dengan cara yang amat kecil, akan berasa selesa dengan YTAR. Paling utama, YTAR mencari individu yang bersemangat tinggi dalam apa jua yang mereka lakukan, tanpa mengira kaum, agama atau bidang pengajian.
APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?
Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.