Pilih satu Halaman
BM / EN

Rakan Kongsi dan Pembiayaan

MENGAPA BERKONGSI DENGAN KAMI?

Pintu YTAR terbuka untuk bekerjasama dengan individu, organisasi, persatuan dan institusi yang bersemangat untuk memupuk pimimpin masa depan dengan memberi impak kepada dunia pendidikan.

Pada masa ini, Tunku Scholars kami telah memasuki industri daripada semua bidang pengajian – dari para saintis inovatif yang mengejar penyelidikan, kepada para profesional undang-undang yang menawarkan bantuan kepada  golongan yang kurang bernasib baik; kepada yang berada dalam bidang tadbir urus dalam membantu negara dunia ketiga, para profesional IT di barisan hadapan inovasi teknologi; kepada mereka yang bekerja di sekolah untuk mendidik kanak-kanak dan  yang membina perniagaan untuk memacu ekonomi.

 

Kami mengalu-alukan dengan tangan terbuka segala jenis inisiatif yang dapat memberi kesan langsung kepada Tunku Scholars pada jangka masa yang panjang. Hubungi kami hari ini!

Rakan Kongsi Korporat

Kami sentiasa bersemangat dan bersedia untuk bekerjasama untuk berkongsi pengalaman dan pendedahan industri kepada para Tunku Scholars, sama ada menerusi latihan industri, shadowing, bimbingan, mentoring, bengkel atau program lain yang berkaitan.

Hubungi kami hari ini di

untuk keterangan lanjut.

Universiti

Kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan universiti untuk menjalankan program dan acara, termasuk bengkel, persidangan, dan apa jua jenis penerbitan yang berkaitan dengan kepimpinan dan pembinaan negara.

Hubungi kami hari ini di

untuk keterangan lanjut.

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.