Rakan Kongsi dan Penderma

MENGAPA ANDA PERLU MENJADI RAKAN KONGSI?

Misi kami untuk memperkasa rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang progresif hanya boleh dicapai dengan sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan kongsi kami.

Kami ingin mencari rakan kongsi yang berminat untuk melabur dalam masa hadapan rakyat Malaysia dan menyumbang dalam usaha mengasuh pemimpin negara ini.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYUMBANG?

Kami mencari syarikat, organisasi atau institut pengajian tinggi yang boleh memberi komitmen dalam memacu impak secara terus dan lestari.

Dengan menjadi rakan kongsi kami, anda boleh menyumbang dengan kaedah-kaedah yang berikut:

MENAJA TUNKU SCHOLAR

(Nilai jumlah RM83 boleh membantu seorang Tunku Scholar untuk sehari)

  • Menaja seorang Tunku Scholar dalam pengajiannya selama 4 tahun di universiti dan membentuk mereka sebagai seorang Pemimpin Tunku di bawah Biasiswa Tunku Abdul Rahman.
  • Sumbangan anda bukan sahaja akan mengubah jalan kehidupan seorang pelajar yang berpotensi tinggi, tetapi juga akan dihargai melalui penamaan biasiswa sempena organisasi anda.

Bacalah testimoni daripada rakan kongsi Biasiswa Tunku-Affin Hwang dan Tunku-YUM kami.

MENDERMA KEPADA YTAR

  • Menderna kepada YTAR dan menyokong program kami untuk memperkasakan lebih ramai pelajar untuk mencapai potensi mereka yang sepenuhnya.

Untuk menjadi rakan kongsi YTAR atau menyumbang dengan cara yang lain, sila nyatakan sokongan anda di sini:

** Segala tajaan dan derma akan menerima pengecualian cukai, seperti yang telah diluluskan oleh LHDN Malaysia.

MENGAPA MENAJA TUNKU SCHOLAR?

  • Memperkasa pelajar yang berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
  • Memuliakan nama Tunku Abdul Rahman dengan memberi biasiswa di bawah nama beliau (Contohnya, Biasiswa Tunku-Affin Hwang)
  • Meyumbang kepada pembangunan pelajar-pelajar tajaan yang akan melalui bimbingan mentor dan latihan kepimpinan sepanjang 2 tahun oleh YTAR.
  • Mendapat akses ke pangkalan data Tunku Scholar dan Alumni untuk memenuhi keperluan rangkaian dan pekerjaan.
  • Menerima laporan tahunan tentang peningkatan pelajar tajaan.
  • Menerima peluang untuk bekerjasama dengan YTAR dalam majlis atau aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui program kami.

RAKAN KONGSI KAMI

Affin Hwang Asset Management (AHAM)

Pada tahun 2020, Affin Hwang Asset Management (AHAM) telah menjadi rakan kongsi kami untuk menaja Razman bin Durhan, seorang pelajar ekonomi dan matematik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bakal menjadi seorang pemimpin kelak.

“We strongly believe in YTAR’s mission to empower high-potential and deserving Malaysian students through the BTAR-AHAM scholarship collaboration.  What stood out the most for us about the scholarship was its emphasis on cultivating the younger generation to become leaders of their communities.

It is our honour to be a co-sponsor of our 2020 Tunku-Affin Hwang Scholar, Razman. We have been humbled by his remarkable grit in the face of adversity and ambition to emerge as a nation builder. Despite his challenging background, Razman seizes leadership opportunities and even emerged as the President of his university’s Student Representative Council (MPP). We look forward to supporting more young Malaysians like Razman to break down barriers and achieve their greatest potential.” 

– Dato’ Teng Chee Wai, Managing Director at Affin Hwang Asset Management Berhad

 Menjadi pelopor kepada pemegang biasiswa BTAR-AHAM ini telah membawa diri saya kepada satu tahap yang benar-benar menguji sejauhmana saya mampu menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kompetensi dan kebolehan untuk berbincang dengan kesemua pihak. Akan tetapi saya berbangga kerana nilai teras kepimpinan Tunku dan sokongan serta kepercayaan dari YTAR dan AHAM telah menjadi satu asas yang kukuh untuk saya terus berdiri dan melangkah menuju kegemilangan. Saya yakin dan percaya bahawa saya mampu untuk membawa perubahan yang signifikan kepada agama, bangsa, negara dan keluarga yang tercinta.”

– Razman bin Durhan, Tunku-Affin Hwang Scholar 2020

YAYASAN Universiti Multimedia (YUM)

Yayasan Universiti Multimedia (YUM) telah menjadi rakan kongsi kami dengan membantu menaja seorang Tunku Scholar, Mayuren A/L Kanabathey, pelajar undang-undang di Universiti Multimedia (MMU) yang bertekad untuk menambah baik kehidupan keluarganya serta negaranya.

 

 

I am beyond grateful that YTAR and YUM have broken the typical stereotype of scholarships by recognizing the journey of multiple downfalls faced by students instead, as a core strength that they are searching for in every scholars. Thank you YTAR and YUM!

– Mayuren Kanabathey, Tunku-YUM Scholar 2020

JADI RAKAN KONGSI KAMI

Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh membantu meningkatkan lagi impak kami dalam pembangunan rakyat Malaysia,

sila tunjukkan sokongan anda melalui butang di bawah.

Terima kasih atas minat dan komitmen anda untuk membina Malaysia yang progresif!

Ketua Rakan Perkongsian kami akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.

APA LAGI YANG ANDA TUNGGU?

Dengan semangat Tunku, kami menumpukan perhatian kepada potensi pemimpin Malaysia masa depan, tanpa mengira bangsa atau kepercayaan.