Pilih satu Halaman
BM / EN

SOALAN LAZIM

PROSES PERMOHONAN

KRITERIA KELAYAKAN

BIASISWA

PROSES PERMOHONAN

Di manakah saya boleh membuat permohonan biasiswa BTAR?

Layari ke portal Yayasan Tunku Abdul Rahman’s www.yayasantar.org.my dan tekan “mohon sekarang” untuk mendapat borang permohonan.

Bilakah tarikh tutup permohonan?

Permohonan BTAR akan ditutup pada 12 April 2021 pukul 11.59 p.m.

Apakah process permohonan BTAR?

Proses permohonan BTAR boleh didapati di SINI.

Bahasa apa yang perlu saya guna untuk mengisi borang permohonan?

Anda boleh mengisi borang permohonan sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Dokumen apa yang boleh diserahkan sebagai bukti?

Bukti dokumen adalah dilampirkan dalam borang permohonan dalam bentuk portfolio kerja, surat sokongan, atau sijil. Anda boleh melampirkan maximum 3 dokumen sahaja.

Bilakah saya akan mendapat balasan selepas menghantar permohonan?

Anda akan menerima balasan daripada Yayasan Tunku Abdul Rahman pada hujung bulan Mei melalui emel.

Bolehkah saya menggunakan keputusan semester sebelum ini jika saya tidak memperolehi result STPM?

Ya, anda boleh menggunakan keputusan semester sebelum ini. Sila ambil tahu bahawa kami mungkin akan meminta keputusan STPM terbaharu jika anda dipanggil untuk temu duga pada bulan Mei.

Bagaimanakah jika saya tidak memiliki pembabitan terbaharu dalam aktiviti kokurikulum?

Disebabkan keadaan pandemik, kami memahami kesukaran penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Oleh itu, sila lampirkan dokumen yang menunjukkan pencapaian kokorikulum atau surat sokongan dari guru untuk mengukuhkan permohonan anda.

Dokumen sokongan apa yang perlu dilampirkan jika kedua-dua ibu bapa saya tidak lagi bekerja atau tidak dapat dilampirkan?

Anda perlu menyediakan surat akuan yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

Siapakah yang harus menulis surat cadangan saya?

Surat cadangan anda boleh ditulis oleh individu yang mengenali anda dalam kapasiti profesional. Anda diperlukan untuk menyediakan nama dan butiran kenalan individu yang menulis surat cadangan anda.

Apakah yang perlu dilakukan jika saya menghadapi masalah teknikal semasa menghantar borang permohonan?

Sila hantarkan emel kepada kami ke admin@yayasantar.org.my berserta tangkapan skrin masalah tersebut. Pihak kami akan membalas pertanyaan anda.

Bagaimanakah temuduga akan dijalankan?

Semua temu duga akan dijalankan secara maya dan anda akan disediakan dengan maklumat relevan jika anda dipanggil untuk temu duga.

KRITERIA KELAYAKAN

Kursus sarjana muda mana layak untuk BTAR?

Semua kursus sarjana muda layak untuk memohon biasiswa.

Adakah pelajar separuh masa dibenarkan untuk memohon?

Tidak, hanya pelajar penuh masa dibenarkan untuk memohon.

Adakah kelayakan umur untuk memohon biasiswa ini?

Biasiswa ini tidak mempunyai kelayakan umur. 

Adakah saya layak untuk memohon jika ibu bapa saya bukan warganegara Malaysia, tetapi saya memiliki kewarganegaraan?

Ya, anda layak untuk memohon biasiswa ini.

Jika CGPA semasa dibawah 3.5, adakah saya layak untuk memohon biasiswa ini?

Ya, anda layak untuk memohon biasiswa ini. Anda boleh meletakkan informasi tambahan untuk menerangkan gred anda.

Saya belum memiliki surat tawaran daripada universiti, adakah saya layak untuk memohon?

Ya, anda layak untuk memohon sama ada anda sedang melanjutkan atau telah menamatkan program pra-universiti. Namun pelajar yang disenarai pendek perlu menyediakan surat tawaran pada bulan September.

Boleh saya memohon untuk PTPTN sebelum memohon untuk biasiswa?

Status pinjaman PTPTN tidak akan menjadi isu semasa memohon biasiswa ini. Jikalau anda ditawarkan biasiswa ini, anda perlu menamatkan pinjaman PTPTN kerana pihak YTAR akan menanggung pembiayaan pembelajaran dibawah program biasiswa kami.

Adakah ini menjadi isu jikalau saya memohon untuk biasiswa lain semasa memohon untuk BTAR?

Tidak, ini tidak akan menjadi isu kerana kami mengalakkan pemohon untuk melihat pelbagai biasiswa dan bentuk bantuan kewangan yang paling sesuai untuk anda.

Adakah pelajar perubatan layak untuk BTAR?

Ya, pelajar perubatan layak untuk memohon biasiswa ini. Semua kursus sarjana muda layak untuk memohon biasiswa ini.

Adakah saya dibenarkan untuk memohon semula jika saya telah memohon sebelum ini?

Ya, anda boleh memohon untuk biasiswa ini.

BIASISWA

Apakah elaun yang diberikan kepada penerima BTAR?

BTAR termasuk tajaan penuh yuran pembelajaran di universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh MQA dan elaun sekali, bulanan dan tahunan. Anda boleh rujuk senarai penuh elaun di SINI.

Adakah penerima BTAR terikat dengan YTAR atau organisasi lain?

Tidak, penerima tidak terikat dengan YTAR atau organisasi lain selepas menamatkan peringkat sarjana.

Adakah program pembangunan kepimpinan 2 tahun wajib bagi semua penerima BTAR?

Ya, Yes, program pembangunan kepimpinan 2 tahun wajib bagi semua penerima BTAR.