Syarat Asas Permohonan BTAR 2019
 
 

ARAHAN KEPADA PEMOHON

Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang.

1) Pemohon BTAR terdiri daripada :-

  1. Sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda dan telah mendapat keputusan semester terkini dalam Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  2. Sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda dan telah mendapat keputusan semester terkini dalam Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  3. Telah tamat dan mendapat keputusan keseluruhan bagi STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma (Lepasan) tetapi belum memasuki mana-mana IPT

2) Syarat asas permohonan BTAR :-

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi semester terkini
  • Masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian ijazah Sarjana Muda setelah tarikh tutup permohonan
  • Kepujian Tinggi (B) dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

3) Arahan semasa mengisi atas talian :-

  • Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan tepat kerana permohonan BTAR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja.
  • Borang permohonan hendaklah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
  • Setiap ruangan perlu diisi sekiranya wajar. Isikan 'Tiada' atau '' pada ruangan yang tidak berkenaan. Manakala bagi ruangan tarikh & telefon, biarkan kosong jika tidak berkenaan.
  • Setelah lengkap dan dihantar secara atas talian, pemohon akan menerima e-mel pengesahan berserta lampiran dokumen PDF Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2019 yang telah diisi.

4) Arahan selepas mengisi atas talian :-

  • Cetak borang tersebut dan lengkapkan Bahagian VII dan Bahagian VIII menggunakan tulisan tangan.
  • Sertakan bersama salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil SPM, Sijil STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma / keputusan semester terkini pengajian ijazah Sarjana Muda yang telah disahkan berserta Surat Tawaran Kemasukan Universiti (sekiranya ada) dan dokumen sokongan lain (sekiranya ada).
  • Hantar borang yang telah lengkap ke alamat Yayasan Tunku Abdul Rahman sebelum tarikh tutup permohonan.


TIADA PEMBETULAN DIBENARKAN SETELAH BORANG DIISI SECARA DALAM TALIAN. KESILAPAN HANYA MENGHILANGKAN MARKAH PENILAIAN PEMOHON PADA PENCAPAIAN NILAI KEPIMPINAN.