TUNKU ABDUL RAHMAN CHAIR
Pada tahun 1983, YTAR telah menubuhkan Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya sebagai hadiah kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-80 pada 8 Februari 1983.
Hasil kutipan derma dan sumbangan daripada pelbagai pihak; kerajaan, swasta, dan individu, YTAR telah menyerahkan wang berjumlah RM1 juta kepada Universiti Malaya pada 5 Januari 1985 untuk penubuhan Kursi Tunku Abdul Rahman dalam bidang Undang-Undang Antarabangsa.
Pada Jun 1985, Majlis Universiti Malaya telah melantik Profesor Ian Campbell MacGibbon sebagai pemegang pertama Kursi tersebut.