Mengiktiraf Kepimpinan Legasi
Tunku

Setiap tahun sejak tahun 1979, Anugerah Pingat Tunku telah dianugerahkan kepada graduan-graduan cemerlang universiti tempatan yang telah mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan nilai-nilai murni Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman.
Pemilihan penerima anugerah ini adalah berdasarkan ciri-ciri holistik para graduan yang telah menunjukkan keupayaan mereka untuk memimpin, memberi inspirasi dan menggerakkan perubahan dalam komuniti mereka dan juga negara.
Pada tahun 2010, anugerah ini telah diperkembangkan kepada tiga kategori iaitu emas, perak dan gangsa. Sejak tahun 2020 pula, penerima anugerah turut menerima geran dana untuk menganjurkan projek komuniti pilihan mereka, bagi menggalakkan semangat menyumbangkan khidmat masyarakat yang penuh impak untuk membentuk Malaysia yang lebih sejahtera. Mulai tahun 2025 dan seterusnya, Anugerah Pingat Tunku akan dibuka kepada pencalonan diri daripada semua graduan universiti awam.
Pemenang
Anugerah Pingat Tunku akan menerima
Geran projek komuniti dan hadiah wang tunai bernilai setara dalam 3 peringkat:
Anugerah Emas - RM10,000
Anugerah Perak - RM7,000
Anugerah Gangsa - RM5,000
1
2
Peluang untuk melaksanakan idea projek komuniti anda.
3
Peluang untuk memperkasakan kemahiran pengurusan projek selari dengan nilai-nilai Almarhum Tunku Abdul Rahman.
4
Sokongan, rundingan, dan peluang pembelajaran daripada pasukan YTAR.
.jpg)


Syarat
Kelayakan
Anda disarankan untuk memohon sekiranya anda:
Seorang warganegara Malaysia
Graduan ijazah sarjana muda dari Universiti awam dalam tempoh tidak melebihi 3 tahun dari tahun 2024 (sejak Januari 2022 hingga Disember 2024)
Bergraduat dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.50*
Sangat aktif di luar bidang pengajian seperti melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
Menunjukkan ciri kepimpinan, mempunyai keinginan/ telah memberi sumbangan kepada Malaysia
Mempunyai idea projek komuniti yang kukuh dan berpaksikan impak
YTAR mengalu-alukan pencalonan daripada latar belakang yang mencabar atau minoriti seperti pelajar B40, pelajar pertama dalam keluarga ke universiti, pelajar dari Sabah / Sarawak, pelajar Orang Asli, dan graduan OKU.
*Jika calon tidak memenuhi syarat ini tetapi memenuhi semua kriteria lain, mereka tetap digalakkan untuk mencalonkan diri.
Proses
Penganugerahan
Pencalonan
Calonkan diri anda dengan mengisi borang ini sebelum 8 Mei 2025.
Temuduga & Penilaian
Calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri temu duga.
Pemilihan
& Penganugerahan
Calon yang terpilih akan dijemput menghadiri Majlis Anugerah Pingat Tunku.
Cadangan Projek
& Perlaksanaan
Penerima anugerah dikehendaki menyiapkan projek mereka selewat-lewatnya pada Disember 2025.
.jpg)
Menjunjung
Legasi
Tunku
Penerima Anugerah Pingat Tunku telah menghidupkan semangat Tunku Abdul Rahman dengan komitmen padu mereka terhadap pembinaan Malaysia yang progresif, inklusif dan bersatu.
Penerima-penerima Anugerah Pingat Tunku telah menggunakan hadiah geran dana mereka untuk memperkasakan masyarakat melalui pelbagai inisiatif seperti program khidmat kesihatan masyarakat, platform e-dagang untuk ibu-ibu tunggal dan program intervensi literasi bahasa Inggeris untuk golongan berpendapatan rendah.
Selain projek komuniti, penerima-penerima Anugerah Pingat Tunku juga telah menyokong program-program anjuran Yayasan TAR dengan menjadi mentor dan membimbing penerima-penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman dan pelajar sekolah menengah dalam program akses pendidikan tinggi Yayasan Tunku Abdul Rahman iaitu Closing The Gap.
Untuk membaca lebih lanjut mengenai projek komuniti yang lalu oleh penerima Anugerah Pingat Tunku, gunakan menu di bawah untuk melompat ke Projek Komuniti yang anda ingin baca.
1

Maatram Initiative
oleh Shashivarmaan Thevaraj, Penerima APT 2021
Shashi diilhamkan oleh pengalamannya sendiri ketika membesar untuk memulakan Inisiatif Maatram, program intervensi pembangunan karakter untuk remaja India Malaysia yang berisiko tercicir dari sekolah. Program berstruktur termasuk lawatan akademik, bimbingan peribadi, dan satu siri bengkel yang merangkumi kesihatan mental, pengurusan kemarahan, penyelesaian konflik dan banyak lagi. Setakat ini, inisiatif itu telah memberi impak kepada 20 pelajar dan Shashi merancang untuk mengembangkan model Maatram untuk menjangkau komuniti di negeri lain.
Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Inisiatif Maatram.
2

Projek Pertanian Komuniti
oleh Razman bin Durhan, Penerima APT 2022
Berasal dari Kinabatangan, dedikasi Razman untuk memberi kembali kepada masyarakatnya mendorongnya untuk memulakan Projek Pertanian Komuniti. Projek ini membangunkan sistem akuaponik yang mampan di Kampung Sentosa Jaya dan melatih penduduk tempatan daripada latar belakang berpendapatan rendah tentang teknik pertanian akuaponik. Projek itu menyaksikan peningkatan kemahiran praktikal dan peningkatan kesedaran tentang kepentingan pertanian lestari di kalangan penduduk, serta peluang untuk bekerjasama dengan usahawan tempatan. Razman bercadang mengembangkan program itu melalui pembiayaan daripada Sejati MADANI.
3

Smart Farmer
oleh Durra Nur Nazeera Binti Roslaili, Penerima APT 2022
Semasa membesar, Durra tidak pernah berpeluang menyaksikan pengorbanan para petani, dan ini mendorongnya untuk menyokong industri pertanian Malaysia. Dalam Projek Peladang Pintar beliau yang bertujuan menarik bakat muda ke arah sektor pertanian, terdapat 20 peserta menanam ubi keledek di atas tanah seluas 2 ekar di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Dalam tempoh 11 bulan dan dengan sokongan 5 rakan kongsi yang berbeza, para peserta telah menuai 7,130kg ubi keledek, menjadikan jualan melebihi RM20,000. Durra merancang untuk meneruskan projek dengan penanaman tembikai pada tahun 2025.
FAQ // Soalan Lazim
Kisah
Anugerah Pingat Tunku
Penerima-penerima Anugerah Pingat Tunku merupakan perintis yang telah melalui jalan berliku selain turut menjadi ejen perubahan yang berusaha untuk membawa transformasi positif dalam masyarakat mereka dan juga negara. Kenalilah mereka dengan lebih dekat dengan menonton kisah mereka disini.
Anugerah Pingat Tunku 2017, Emas
Alex Choo Wen Chun
Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah Pingat Tunku 2019, Emas
Dr Aswinkumar A/L Gunasekaran
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Anugerah Pingat Tunku 2020, Gangsa
Siti Nurainin Nabillah binti Mohd Azman
Universiti Malaya
Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.
Marilah bersama kami memperkasa dan membimbing generasi baharu pemimpin Malaysia untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan untuk keseluruhan Masyarakat.
-014_edited.jpg)


Penajaan
Scholar
Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.
Sumbangan
Dana
Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.
Rakan
Usahasama
Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).











