top of page

Tempoh Permohonan

Jun - Julai 2026

Tempoh Program

Ogos - Disember 2026

Kami tahu betapa menggerunkan bagi anda untuk melangkah keluar ke dunia pasca-universiti, terutamanya pada kadar perubahan dunia pekerjaan semasa.

Perkembangan kerjaya sudah tidak selurus dahulu, industri berbeza semakin saling berkait dan majikan juga semakin tertumpu pada kebolehan menyesuaikan diri, bekerjasama dan memimpin. Pada masa yang sama, apa yang anda perlukan untuk memandu arah melalui kerumitan ini semakin sukar untuk dikenal pasti.

_DSC2517_edited_edited.jpg
_DSC2517.jpg

Oleh itu, program FutureReady merupakan program mendalam selama 5 bulan yang telah disesuaikan untuk belia Malaysia berpotensi tinggi dari komuniti yang kurang diwakili untuk menyerlahkan profesional yang kalis cabaran masa depan dari dalam diri mereka. Melalui program ini, para peserta akan dicabar untuk membangunkan identiti profesional yang berdaya tahan dengan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan graduan yang berdaya saing hari ini serta di peringkat seterusnya.

Peserta yang terpilih akan menghadiri 5 Persidangan secara fizikal di Kuala Lumpur dan juga secara maya, yang akan mengajar anda kemahiran penting, memupuk hubungan profesional anda, serta membina wawasan dan strategi untuk memandu arah kehidupan pasca-univesiti secara bermatlamat. Pengangkutan, makanan dan tempat penginapan untuk Persidangan-Persidangan akan ditaja sepenuhnya untuk semua peserta oleh Rakan Usahasama Impak kami, CIMB Foundation.

Impact Partner.png

Dalam tempoh 5 bulan tersebut, anda akan: 

Mempelajari Kemahiran Asas, Boleh Dipindah:

  • Mengembangkan kemahiran yang majikan benar-benar pentingkan melalui bengkel, forum dan cabaran mesra pemula.

  • Mencabar pemikiran anda dan mengembangkan daya pemikiran profesional yang bertahan.

Membina Identiti & Jaringan Profesional Yang Berkekalan:

  • Mengembangkan identiti profesional yang tulen dan boleh disesuaikan dengan masa hadapan pekerjaan, melalui interaksi dalam suasana profesional sebenar.

  • Membina hubungan berpanjangan sesama peserta program merentas Malaysia, serta profesional berpengalaman dari CIMB, YTAR dan ramai lagi.

Memajukan Diri dengan Impak & Pengalaman Dunia Sebenar 

  • Memperdalamkan pemahaman dan strategi untuk memandu arah kehidupan pasca-universiti dengan tujuan.

  • Membina pengalaman sebenar bagi portfolio anda dengan membangunkan penyelesaian praktikal bagi isu masyarakat sebenar.

Aida Ameera.jpg

Aida Ameera

Cohort 2023

FutureReady menjadi platform bagi saya bertemu insan-insan menginspirasi, yang membantu saya memandu arah kehidupan selepas tamat pengajian. Mentor-mentor membimbing saya bukan setakat semasa berlangsungnya program ini sahaja, tetapi juga semasa pasca-program ketika saya sedang menamatkan latihan industri saya. Mereka mengajar pelbagai kemahiran seperti pemikiran kritis, penyampaian projek dan pembangunan profesional.

 

Bukan itu sahaja, saya juga menghargai hubungan persahabatan saya dengan rakan-rakan sekohort, persahabatan mereka mewarnai kehidupan peribadi dan juga profesional saya. Kami masih berkongsi setiap peluang pekerjaan atau peningkatan kemahiran sesama sendiri sehingga hari ini.

Bagaimana Perubahan Berlaku

Melalui interaksi dengan 5 Bahagian Teras Perkembangan, yang diterokai melalui satu siri pengalaman memikat, anda akan membangunkan asas kukuh, merangkap kompas yang akan menjadi pemandu arah kehidupan pasca-universiti anda.

DSC03827.5.png
mindset.png

Penetapan Minda & Pengurusan Diri

Membina daya tahan, kebolehsuaian dan disiplin diri untuk berkembang maju dalam dunia pekerjaan yang berubah pantas.

conversation.png

Komunikasi & Kerjasama

Membangunkan kemahiran untuk berkomunikasi dan bekerja secara berkesan dengan pasukan beraneka kepelbagaian.

critical-thinking.png

Pemikiran Kritis & Strategik

Menganalisis cabaran, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan  termaklum dengan yakin. 

career-path.png

Kesediaan Kerjaya dan Tempat Kerja

 

Memperoleh kemahiran praktikal, amalan dan kepandaian yang diperlukan untuk berkembang maju dalam persekitaran baharu. 

values-driven-company.png

Kesedaran Sosial 

Memupuk empati, kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menyumbang terhadap masyarakat secara positif.
 

DRC03095.jpg
Suara

Kelayakan

Kami sedang mencari:

_DSC2308_edited.jpg

Pelajar-pelajar berkerakyatan Malaysia yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

Pelajar-pelajar dengan CGPA 3.0 dan ke atas dengan penguasaan bahasa Inggeris peringkat pertengahan atas.

Pelajar yang berasal dari latar belakang keperluan tinggi ataupun masyarakat yang kurang diwakili.

Keutamaan akan diberikan kepada siswazah yang menganggur dan pelajar tahun praakhir/akhir.

Keseluruhan program akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Terbuka kepada semua jurusan kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian.

Cara Memohon

Peringkat 1

Isi borang permohonan atas talian.

Peringkat 2

Jawab 2 soalan dalam borang ini.

Peringkat 3

Anda akan jadi calon yang disenarai pendek dan dijemput untuk temu duga secara maya. Semak peti masuk anda dari semasa ke semasa.

Peringkat 4

Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada kami pada awal bulan Ogos sekiranya anda terpilih.

Soalan Lazim

Sertai kohort seterusnya!

Permohonan untuk kohort 2026 akan dibuka tidak lama lagi!

Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.

Marilah bersama kami memperkasa dan membimbing generasi baharu pemimpin Malaysia untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan untuk keseluruhan Masyarakat.

GrabScholar (Highlight)-014_edited.jpg
partner.jpg
make a donation_edited.png

Penajaan
Scholar

​Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.

Sumbangan
Dana

Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.

Rakan
Usahasama

Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).

Sekiranya anda dan/atau organisasi anda berminat untuk membina jalinan usahasama bersama kami, sila hubungi kami di sini:

bottom of page