top of page

Mencapai pendidikan tinggi adalah hanya satu aspek, tetapi untuk maju adalah aspek yang lain.

DSCF6077.jpg

Biasiswa Tunku Abdul Rahman ialah biasiswa Ijazah Sarjana Muda untuk  pelajar  berpotensi tinggi dan  bercita-cita untuk menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

Memandangkan Biasiswa memberi tumpuan kepada pembangunan holistik dan kecemerlangan berasaskan nilai dalam pengalaman, penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program kepimpinan selama 2 tahun untuk memulakan perubahan sebagai pemimpin muda dalam komuniti dan negara.

Our Pillars
Financial Support

Biasiswa
Tunku Abdul Rahman 

Biasiswa Tunku Abdul Rahman berasaskan dan dibina atas tiga tunjang utama:

DRN01135.jpg
DSCF3925.jpg

Pendekatan Inklusif

Biasiswa ini memberi penekanan untuk mengenal pasti, memilih dan memperkasakan pelajar yang berasal daripada pelbagai latar belakang di Malaysia, terutamanya mereka yang daripada komuniti kurang bernasib baik untuk membentuk komuniti pemegang biasiswa Tunku yang bersatu-padu.

DSCF4067.jpg

Elaun Komprehensif

Biasiswa ini menyediakan sokongan penuh merangkumi yuran pengajian, elaun bulanan dan tahunan untuk mengurangkan sekatan kepada pelajar dan memastikan pelajar untuk terus maju di universiti.

Pembangunan Holistik

Pemegang biasiswa akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun untuk mempersiapkan diri sebagai duta bagi nilai kami dan berkhidmat kepada Malaysia. 

Sokongan Kewangan

Biasiswa Tunku Abdul Rahman menyediakan sokongan kewangan yang khusus dalam bidang berikut :

 Yuran Universiti   

Tajaan penuh yuran pengajian di mana-mana universiti awam atau swasta yang diiktiraf MQA untuk melanjutkan pengajian di Malaysia.

Elaun sara hidup akan diberikan pada setiap bulan sepanjang tempoh penerimaan biasiswa.

   Elaun Bulanan   

  Elaun Tahunan   

Elaun pembangunan profesional untuk peningkatan diri penerima biasiswa. Dana ini juga boleh dimanfaatkan untuk projek komuniti (rujuk di bawah). Elaun alat tulis dan buku juga turut disediakan.

Bagi menampung perbelanjaan lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian formal atau penerbangan (untuk penerbangan antara Malaysia Timur dan Semenanjung sahaja).

   Elaun Sekali   

Program Pembangunan
Kepimpinan

Dalam Yayasan ini, kami sedaya upaya berusaha untuk membimbing penerima biasiswa Tunku supaya menjadi seorang individu yang akan memberi perubahan bermakna dalam komuniti. Program Pembangunan Kepimpinan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibina di atas tiga asas utama:

Etika dan Nilai

Menyemai nilai-nilai yang diilhamkan oleh Tunku untuk membina pemimpin yang berakhlak mulia dan mempunyai sifat belas kasihan secara peribadi dan profesional.

Pemimpin Komuniti

Pembangunan minda berfokuskan kepada perkhidmatan untuk berjasa kepada komuniti dengan meninggalkan impak yang bermakna. 

Kebolehpasaran

Memupuk bakat dan kemahiran penerima biasiswa kami dalam laluan kerjaya yang pelbagai untuk berjaya di tempat kerja. 

Semua penerima Biasiswa Tunku Abdul Rahman akan menjalani program pembangunan kepimpinan selama 2 tahun :

DSC01523_edited.jpg

Penerima biasiswa akan menghadiri kem dan bengkel untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi dua hala mereka.

Leadership Development Programme

​​Syarat Kelayakan

Kriteria Umum

Biasiswa ini terbuka kepada bakal pelajar dan juga  pelajar yang sedang meneruskan pembelajaran ijazah sarjana muda di universiti awam atau swasta yang diiktirafkan oleh MQA. 

Bagi pelajar yang belum meneruskan ijazah sarjana muda: Anda dikehendaki menamatkan pra-universiti dan juga menyambung dalam ijazah sarjana muda pada Mac 2025.

Bagi pelajar yang sedang 
meneruskan ijazah sarjana muda: Anda harus mempunyai 2 tahun baki dalam pengajian anda.

Pemohon yang baru menamatkan program pra-universiti akan diberikan tawaran bersyarat tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian dari universiti tempatan yang diiktiraf MQA (awam atau swasta).

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang:

Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar.

Menunjukkan potensi kepimpinan dan menunjukkan nilai YTAR.

Calon yang datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.

Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) bagi tahun 2024 akan dibuka pada 8 Februari hingga 21 April 2024.

Proses Permohonan

Borang Permohonan

Hantar borang permohonan biasiswa sebelum 21 April 2024 jam 11.59 malam.

Temuduga & Penilaian

Pemohon yang disenarai pendek akan dijemput untuk menghadiri sesi temu duga dan penilaian atas talian.

Penganugerahan Biasiswa

Pemohon yang disenaraipendekkan akan menerima surat tawaran dan memulakan perjalanan biasiswa.

Jika anda mempunyai soalan yang belum dijawab, anda boleh rujuk bahagian Soalan Lazim di bawah untuk bantuan.

Biasiswa Rakan Kongsi

Pemohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh memohon biasiswa kami dengan kerjasama rakan kongsi kami dari universiti korporat dan swasta. Biasiswa rakan kongsi termasuklah:

Logo - AHAM Capital AM.png

Biasiswa AHAM- YTAR bekerjasama dengan AHAM Asset Management Berhad untuk menyokong pemimpin muda dari universiti awam tempatan dalam kursus yang terpilih.

DANA TIE - YTAR   

Biasiswa Towards Inclusion and Equity (TIE) - YTAR bekerjasama dengan Asia Philanthropy Circle untuk menyokong pelajar dari universiti awam tempatan.

download (1).png

Biasiswa Yayasan Universiti Teknologi PETRONAS (YUTP) - YTAR menyokong pelajar untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi PETRONAS.

yum-scholarship.png

Biasiswa Yayasan Universiti Multimedia (YUM) - YTAR menyokong pelajar untuk melanjutkan pengajian di Universiti Multimedia.

Logo_UNM-1.png

Biasiswa Universiti Nottingham Malaysia (UNM) - YTAR menyokong pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Nottingham Malaysia.

Biasiswa Heriot-Watt University Malaysia (HWUM) - YTAR menyokong pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di Universiti Heriot-Watt Malaysia.

LOGO YAYASANMSU-02.png

Biasiswa Yayasan Management and Science University (YMSU) - YTAR menyokong pelajar untuk melanjutkan pengajian di  Management & Science University

Penerima Biasiswa
Tunku
Kami

Baca kisah penerima biasiswa Tunku kami yang lepas tentang program ini!

Biasiswa ini lebih daripada bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program Biasiswa telah membantu saya untuk berkembang maju di universiti dengan program pembangunan kepimpinan holistik yang merangkumi sokongan dan bimbingan peribadi serta akses kepada rangkaian luas pemimpin muda Malaysia.

_TGC4426_EDITED.jpg

Shashivarmaan

Penerima Biasiswa Tahun 2019

Biasiswa Tunku Abdul Rahman telah membolehkan saya mengakses pendidikan tinggi dan berkembang maju dalam pendidikan saya dengan elaun dan sokongan komprehensif yang telah membantu membuka peluang untuk mengembangkan potensi kepimpinan saya dan berkhidmat kepada komuniti saya di Sabah.

Copy of Merdeka Campaign Sarniezah.png

Sarniezah

Penerima Biasiswa Tahun 2020

Berasal dari keluarga berpendapatan rendah, saya tidak pasti sama ada ijazah universiti berada dalam jangkauan saya dan bersedia untuk bekerja selepas menyambung diploma. Walau bagaimanapun, Biasiswa Tunku Abdul Rahman menjadikan impian saya menjadi kenyataan dan saya selangkah lebih dekat untuk menjadi seorang Jurutera Perisian.

_SL25675_EDITED.jpg

Tan Wei Siang

Penerima Biasiswa Tahun 2021 

Jadilah Penerima Biasiswa
Yang Seterusnya

Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.

Bersama kita memperkasa dan menyokong pembentukan generasi baharu pemimpin demi masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan negara Malaysia.

DSCF4709.jpg
DSC06652.jpg
DSCF1275.jpg

Penajaan
Scholar

Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.

Sumbangan
Dana

Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.

Rakan
Usahasama

Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).

Sekiranya anda dan/atau organisasi anda berminat untuk menjalinkan usahasama dengan Yayasan TAR, sila hubungi kami di:

bottom of page