top of page

FutureReady hari ini.
Kejayaan esok. 

Program FutureReady adalah usahasama antara YTAR dan Accenture Malaysia yang direka khas untuk mempersiapkan pelajar universiti yang kurang berkemampuan dengan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk lebih menonjol di pasaran kerja yang kompetitif hari ini.

_DSC2517_edited_edited.jpg
_DSC2517.jpg

Tempoh Permohonan

May 2025

Tempoh Program

Julai - Oktober 2025

Permohonan untuk FR5.0 kini dibuka!

FutureReady 

FutureReady merupakan satu program intensif selama 3 bulan yang terdiri daripada 5 kem fizikal dan maya sepenuhnya sebagai persediaan untuk anda menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan di masa hadapan. Dalam tempoh 3 bulan, anda akan:

Belajar

Pelajari cara untuk menganalisa, berinovasi, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah melalui bengkel, forum dan cabaran case study.

Bina Rangkaian

Bina rangkaian yang berpanjangan dengan rakan peserta dari seluruh Malaysia, serta profesional berpengalaman dari Accenture Malaysia, YTAR dan banyak lagi.

Maju Kehadapan

Navigasi pembelajaran anda dengan bahan yang mudah diikuti dan pandangan dunia sebenar daripada Mentor kami.

TGC01320 (2).jpg

Kelayakan

Kami sedang mencari:

_DSC2308_edited.jpg

Pelajar-pelajar berkerakyatan Malaysia yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan yang diiktiraf oleh MQA.

Pelajar-pelajar dengan CGPA 3.0 dan ke atas dengan penguasaan bahasa Inggeris peringkat pertengahan atas.

Pelajar yang berasal dari latar belakang keperluan tinggi ataupun masyarakat yang kurang diwakili.

Keutamaan akan diberikan kepada siswazah yang menganggur dan pelajar tahun praakhir/akhir.

Keseluruhan program akan dijalankan dalam bahasa Inggeris.

Terbuka kepada semua jurusan kecuali Perubatan, Farmasi dan Pergigian.

Cara Memohon

Peringkat 1

Isi borang permohonan atas talian.

Peringkat 2

Jawab 2 soalan dalam borang ini.

Peringkat 3

Anda akan jadi calon yang disenarai pendek dan dijemput untuk temu duga secara maya. Semak peti masuk anda mulai Mei 2025

Peringkat 4

Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada kami pada hujung bulan Jun sekiranya anda terpilih.

Soalan Lazim

Sertai kohort seterusnya!

Permohonan untuk FR5.0 kini dibuka!

Impak
FutureReady

184

184

Pelajar Universiti

46

46

Universiti awam dan swasta

9.4

Peserta FR4.0 menilai program ini purata

10

/

95

%

daripada peserta FR4.0 berasa lebih bersedia untuk dunia kerja selepas menyertai FutureReady

Suara FutureReady 

Berikut adalah antara perkongsian pengalaman dan pendapat daripada alumni program FutureReady!

Setelah menamatkan pengajian pada Ogos 2022, saya mula memohon pekerjaan namun saya menyedari bahawa saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dan pasaran kerja pula agak terhad. Saya gagal mendapat sebarang pekerjaan. Kemudian, setelah ada yang mencadangkan agar saya menyertai FutureReady, saya pun mengambil keputusan untuk mencuba. Matlamat saya adalah untuk menggunakan peluang ini untuk menjadi produktif dengan meningkatkan kemahiran profesional dan insaniah (soft skills) saya. Satu lagi sebab utama adalah memandangkan program ini dijalankan dengan kerjasama Accenture, ianya adalah peluang terbaik untuk saya memahami peranan seorang perunding.

Blake.jpeg

Blake Tan

Alumni FR1.0

Saya seronok mengikuti pengisian program ini! Ianya disediakan daripada perspektif perniagaan dan ini adalah suatu pendedahan yang belum pernah saya lalui.

 

Saya sangat teruja mempelajari fungsi-fungsi organisasi, bagaimana untuk membuat “pitching” dan sedikit sebanyak tentang kehidupan dunia korporat.

Aysha-min.png

Aysha Fateeha

Alumni FR2.0

Mengimbas kembali pengalaman pasca acara saya dengan FutureReady, saya menghargai impak program terhadap kemahiran perundingan saya melalui Mini-Pitches dan bengkel yang berwawasan. Bimbingan memberikan perspektif pasca acara yang berharga, disesuaikan dengan matlamat individu. Penyepaduan kandungan bengkel ke dalam senario dunia sebenar selepas acara mengukuhkan aplikasi praktikal. Komitmen FutureReady terhadap kebolehsuaian selepas acara menjadikannya sebagai jalan yang menjanjikan untuk pembangunan profesional selepas acara dengan pengalaman pembelajaran praktikal dan disesuaikan secara peribadi kepada saya.

DSC00078.jpg

Kavinna Alageasan

Alumni FR3.0

Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.

Marilah bersama kami memperkasa dan membimbing generasi baharu pemimpin Malaysia untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan untuk keseluruhan Masyarakat.

GrabScholar (Highlight)-014_edited.jpg
partner.jpg
make a donation_edited.png

Penajaan
Scholar

​Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.

Sumbangan
Dana

Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.

Rakan
Usahasama

Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).

Sekiranya anda dan/atau organisasi anda berminat untuk membina jalinan usahasama bersama kami, sila hubungi kami di sini:

bottom of page