Meneruskan
Legasi Tunku
"Kita semua adalah rakyat Malaysia. Ikatan inilah yang menyatukan kita semua. Marilah kita sentiasa mengingati bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara."
— Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Pada awal pembentukan Malaysia, Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman telah melihat Malaysia sebuah negara yang terbentuk dan diperkukuhkan oleh kepelbagaian rakyatnya. Beliau telah membayangkan pembentukan sebuah masyarakat Malaysia dimana semua rakyatnya dimartabatkan tanpa mengira bangsa atau agama.
Dalam usaha untuk meneruskan visi beliau tersebut, Yayasan Tunku Abdul Rahman (Yayasan TAR) telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai sebuah badan berkanun yang menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Namun begitu, pada tahun 2019, skop tanggungjawab Yayasan ini telah diperluaskan lagi kepada pemerkasaan dan pembangunan belia daripada golongan kurang berkemampuan kearah pembentukan mereka menjadi pemimpin yang berwibawa dikalangan belia, masyarakat dan negara.
Program Kami
Dalam usaha kami membentuk generasi pelapis pemimpin Malaysia, kami percaya bahawa pembangunan dan sokongan perlu tertumpu pada 3 fasa terpenting dalam kehidupan seorang belia. Harapan kami adalah melalui program-program yang dianjurkan oleh Yayasan TAR, peserta-peserta kami bukan sahaja dapat mencapai kejayaan yang mereka idamkan, malah dapat juga menyumbangkan perubahan yang positif kepada komuniti dan masyarakat mereka.
Scholar Kami
Mahasiswa dan mahasiswi tajaan kami berasal daripada pelbagai latar belakang keluarga dan telah menceburi pelbagai laluan pengajian dan kerjaya pilihan mereka masing-masing.
Program CTG telah melengkapkan saya dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mencapai impian dan cita-cita saya. Di bawah bimbingan dan sokongan Mentor saya, En Izwan, saya yakin saya akan dapat mencapai potensi tertinggi saya dan semua impian saya.
Sudar
Scholar Closing The Gap 2020
Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman telah membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Elaun dan sokongan komprehensif yang diberikan bukan sahaja telah membantu saya berjaya dalam pelajaran saya malah telah membuka peluang bagi saya untuk mengasah bakat kepemimpinan saya.
Sarniezah
Tunku Scholar 2020
Dalam masa 3 bulan, saya mendapat pengetahuan dan kemahiran yang tidak mungkin saya perolehi di tempat lain. FutureReady adalah satu program yang sangat memperkasakan pesertanya dan kini saya yakin bahawa saya mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam kerjaya saya.
Yeu-Mynn
Peserta FutureReady 2021
Partner
Kami
Kami menjalinkan usahasama bersama individu, institusi dan organisasi korporat yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk bersama memperkasakan pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi dan memerlukan.
Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.
Bersama kita memperkasa dan menyokong pembentukan generasi baharu pemimpin demi masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan negara Malaysia.
Penajaan
Scholar
Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.
Sumbangan
Dana
Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.
Rakan
Usahasama
Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).