JAWATAN KOSONG YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN(YTAR) : EKSEKUTIF AKAUN - KELAYAKAN :DIPLOMA PERAKAUNAN (MAHIR PERISIAN UBS); UMUR TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN ; PERMOHONAN DENGAN MEMAJUKAN RESUME LENGKAP KE ALAMAT PEJABAT YTAR;TARIKH TUTUP : 9 MEI 2012.

http://www.yayasantar.org.my
 

Menu Utama

 

 

 

Alamat

 

Yayasan Tunku Abdul Rahman

A-10-10, Menara UOA Bangsar,

59000 Bangsar,

Kuala Lumpur.

 

Tel: 03-22836063/6073

 

Faks: 03-22836052

Emel: yayasantar@gmail.com

 

 


 

 

 

Statistik


 


              LATAR BELAKANG

Cadangan menubuhkan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) telah diusulkan dengan tujuan untuk memperingati jasa Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan; Perdana Menteri Malaysia yang pertama; dan juga Bapa Malaysia.

Maka sebagai mengambil sempena ulang tahun kelahiran YTM Tunku yang ke-63 pada 8 Februari 1966, Utusan Melayu telah melancarkan satu kutipan derma untuk menubuhkan satu Tabung Pendidikan Tunku Abdul Rahman dengan tujuan utamanya untuk membantu pelajar-pelajar Melayu di peringkat pengajian tinggi.

Pelancaran pungutan derma itu telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pihak; ahli-ahli UMNO, Kerajaan-Kerajaan Negeri, syarikat-syarikat swasta, persatuan-persatuan dan juga individu-individu dari berbagai keturunan.

Memandangkan bahawa yayasan sedemikian patut dijadikan satu institusi nasional, maka Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan YTAR yang wujud seperti sekarang ini melalui suatu Akta Parlimen yang dipanggil Akta Tabung Yayasan Tunku Abdul Rahman Bilangan 43, Tahun 1966 pada 15 Julai 1966. Dengan itu, persetujuan telah dicapai supaya peluang bantuan pelajaran dan biasiswa YTAR ini dibuka kepada semua pelajar Malaysia tanpa mengira keturunan kaum dan agama.

Pengerusi pertama YTAR, Almarhum YBhg. Tan Sri Khir Johari telah dilantik atas nama peribadinya pada 1966.

Pada 16 April 1974 Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Menteri Pelajaran (Pendidikan) Malaysia menjadi Pengerusi YTAR atas nama jawatannya.

Pada 26 Mac 2004, YTAR yang sebelum ini di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia, diletakkan di bawah naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pejabat YTAR terletak di A-10-10 Menara UOA Bangsar, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur.

YTAR ditadbir oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada :

      a) Menteri Pengajian Tinggi yang dilantik atas nama jawatannya            sebagai Pengerusi;

      b) Seorang wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;

      c) Seorang wakil Perbendaharaan;

      d) Enam orang ahli yang dilantik oleh Pengerusi; dan

      e) Seorang Setiausaha.

VISI & MISI

 Visi

Menjadi sebuah organisasi yang cekap, telus dan berwibawa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang menjulang kecemerlangan universiti tempatan.

Misi

  • Memberi biasiswa berprestij dan eksklusif serta melahirkan "Tunku Scholars".
  • Menggalak dan menyokong kecemerlangan dalam pendidikan tinggi negara.

OBJEKTIF

Memberi / menyediakan bantuan kewangan kepada warganegara Malaysia untuk meneruskan pengajian di samping memartabatkan nama besar Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Bapa Kemerdekaan, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, dan Bapa Malaysia, untuk diingati sepanjang masa terutama oleh generasi muda Malaysia.

Bagi mencapai hasrat ini, Yayasan Tunku Abdul Rahman menjalankan lima program pemberian utama iaitu:

       1. Biasiswa Tunku Abdul Rahman

 

        2. Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman

 

        3. Dermasiswa Tunku Abdul Rahman

 

        4. Penajaan Program Khidmat Masyarakat

 

        5. Penajaan Pertandingan Pidato Bapa Kemerdekaan

 

 

Pengenalan:

Logo YTAR ini disalur galurkan daripada logo peribadi Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman (Tunku) yang telah diubahsuaikan untuk kegunaan YTAR.

 


Penerangan:

Kubbah masjid:
melambangkan nilai-nilai murni yang didokong oleh agama Islam seperti kesucian, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya.

Bunga Raya:
Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Justeru, ia melambangkan bahawa YTAR adalah satu pertubuhan bersifat nasional bukan kenegerian atau berasaskan etnik. Sumbangan YTAR harus melintasi semua warganegara Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

Obor:
Obor melambangkan penyuluh ke arah pencarian ilmu pengetahuan yang membolehkan seseorang itu menjadi insan yang berilmu, berketerampilan, berfikiran terbuka dan berakhlak tinggi. Ini sejajar dengan fungsi YTAR memberi bantuan untuk pengajian tinggi.

'Sphinx':
Pada satu ketika Tunku pernah memenangi satu hadiah berupa hasil seni aneh yang mempunyai gambar 'sphinx' (raksaksa dalam mitos Yunani purba). Sphinx ini juga terdapat pada logo sesetengah universiti di Britain, termasuk sebuah kolej di Universiti Cambridge tempat Tunku menuntut. Ia melambangkan aspirasi YTAR menjadi sebuah petubuhan yang kukuh, besar dan terkenal.

Warna Emas:
Ia melambangkan unsur diraja yang berkaitan dengan asal-usul Tunku sebagai seorang putera raja.

Warna Biru:
Melambangkan cinta, harmoni, kesepakatan, dan perpaduan yang dicita-citakan supaya wujud dan bersemarak di kalangan masyarakat Malaysia.