Terokai keupayaan belia kita,
Serlahkan keupayaan Malaysia.
Di Yayasan Tunku Abdul Rahman, kami berpegang pada legasi YTM Tunku Abdul Rahman - bahawa Malaysia akan hanya boleh maju dengan adanya sebuah masyarakat berbilang kaum dan saksama yang bersama-sama mengambil peduli nasib dan kehidupan semua lapisan Masyarakat.
Untuk mencapai matlamat ini, kami percaya potensi belia di Malaysia, terutamanya yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, boleh diterokai dengan memberikan mereka akses kepada pengajian tinggi, bimbingan, biasiswa dan program-program pembangunan.
Kami berharap agar para belia kita akan meneruskan
legasi Tunku dalam penyatuan Masyarakat
dengan menjadi pemimpin yang bukan sahaja dapat memberikan impak kepada kehidupan mereka sendiri,
malah juga kepada masyarakat dan juga negara.
Sejarah
Kami
Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan pada tahun 1966 dibawah Akta Parlimen sebagai tanda penghormatan kepada YTM Tunku Abdul Rahman. Pada awal penubuhannya, Yayasan ini telah berjaya menyalurkan sejumlah RM20 juta dalam bentuk bantuan pinjaman pengajian bagi membantu pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Pada tahun 2006, pinjaman tersebut telah ditukar kepada Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR): sebuah program biasiswa sarjana muda untuk para belia yang berpotensi tinggi di seluruh Malaysia.
Kemudian pada tahun 2019, Yayasan TAR telah merombak strateginya dengan penambahan komponen pembangunan kepimpinan selama 2 tahun kepada BTAR. Yayasan TAR juga telah mempelbagaikan lagi programnya dengan memperkenalkan Closing The Gap - sebuah program bimbingan akses pengajian tinggi bagi pelajar sekolah menengah, penajaan belia dalam program-program vokasional, serta program-program peningkatan kemahiran bekerja seperti FutureReady dan Google Gemilang.
Visi Kami
Membangunkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing, saksama dan inklusif di mana setiap rakyatnya mampu mencapai potensi sebenar mereka untuk diri sendiri dan negara.
Nilai Kami
Kami menitikberatkan empat nilai teras yang yang diperjuangkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman. Nilai-nilai tersebut termasuk kehormatan, kepimpinan, keihsanan dan perpaduan.
Misi Kami
Melaksanakan visi kami dengan memperkasakan belia-belia yang berpotensi tinggi dan berkelayakan dengan kemahiran, sumber dan daya saing untuk membentuk masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri, masyarakat dan Malaysia.
Komitmen Kami
Sebagai sebuah Yayasan, kami komited dalam menyediakan program-program yang memberi impak serta memperkuatkan impak kami kepada seramai mungkin belia yang berkelayakan. Sebagai sebuah Yayasan, kami juga komited dalam memastikan tadbir urus yang baik dan telus bagi memelihara kepercayaan orang ramai.
Yayasan ini ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang berpengalaman dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara. Sebagai sebuah badan berkanun yang dikecualikan cukai, Yayasan ini juga tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan laporan tahunan Yayasan dibentangkan di Parlimen.
Program Kami
Program-program kami direkabentuk dengan satu matlamat utama iaitu untuk memperkasakan belia daripada golongan berpendapatan rendah sebagai pemimpin bagi diri mereka sendiri, komuniti mereka dan negara. Kami memberikan mereka bimbingan untuk mencapai matlamat ini pada 3 fasa penting dalam kehidupan anak muda:
Berjaya dalam masyarakat:
Pada asasnya, kami mahukan belia tajaan kami mencapai kejayaan peribadi serta dapat juga memberikan sumbangan kepada masyarakat sebagai pemimpin. Ini kami lakukan dengan melengkapkan mereka dengan kemahiran kepimpinan dan kebolehpasaran melalui program-program seperti FutureReady dan banyak lagi.
Menguatkan
Impak
Misi kami untuk membentuk Malaysia yang lebih baik hanya akan dapat dicapai dengan sokongan berterusan daripada organisasi korporat dan universiti yang bekerjasama kami. Sejak tahun 2019, Yayasan TAR telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai organisi yang mempunyai visi dan misi yang sama dengan kami, iaitu untuk memperkasakan rakyat Malaysia melalui pengajian.
Kami sentiasa menerima lebih banyak lagi peluang usahasama untuk memperkembangkan lagi impak kami kepada lebih ramai belia. Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan program-program kami dan bagaimana anda boleh menyalurkan kerjasama anda dengan kami.
Urus Tadbir
Yang Baik
Yayasan TAR diterajui oleh Lembaga Pemegang Amanah yang merupakan pakar dalam bidang mereka masing-masing, dan mereka membimbing Yayasan TAR untuk memperkasakan belia Malaysia bagi membentuk masa depan yang lebih baik untuk belia dan untuk Malaysia.
Sebagai sebuah badan berkanun, kami komited dalam memberikan ketelusan sepenuhnya serta akauntabiliti kepada orang ramai. Setiap tahun, kami menerbitkan penyata kewangan yang diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta laporan terkini berkaitan hasil dan impak usaha-usaha kami.
Bangunkan Pembina Negara.
Jadi Rakan Usahasama Kami.
Marilah bersama kami memperkasa dan membimbing generasi baharu pemimpin Malaysia untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka dan untuk keseluruhan Masyarakat.
Penajaan
Scholar
Tajaan sebanyak RM120,000 membolehkan seorang Tunku Scholar mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi dan untuk menyumbang kepada komuniti mereka.
Sumbangan
Dana
Bantu seorang Tunku Scholar dalam perjalanannya di pengajian tinggi atau pertingkatkan lagi nilai sumbangan anda dengan menyumbang kepada dana endowmen kami.
Rakan
Usahasama
Percepatkan pembangunan Tunku Scholar dengan menyediakan peluang untuk pembangunan kendiri, kerjaya dan jaringan sosial (networking).