Memilih destinasi bukannya mudah
namun yang lebih sukar adalah untuk sampai ke destinasi itu.
Jika diberikan peta, hampir sesiapa sahaja boleh mencari jalan untuk sampai ke destinasi mereka, namun dengan adanya panduan, proses itu akan menjadi jauh lebih mudah.
Yayasan Tunku Abdul Rahman menyediakan panduan tersebut melalui Closing The Gap (CTG), sebuah program akses ke pendidikan tinggi bagi pelajar-pelajar sekolah menengah. Program ini dijana oleh Yayasan Tunku Abdul Rahman untuk membantu meningkatkan jumlah kemasukan ke universiti di kalangan pelajar sekolah menengah.


Sejarah Kami
Closing The Gap (CTG) pada mulanya adalah satu inisiatif sosial yang telah dimulakan pada tahun 2016 dan kemudiannya telah mendapat sokongan YTAR sejak tahun 2019. Tujuan program CTG adalah untuk membantu pelajar sekolah menengah mengenal pasti minat dan kecenderungan mereka, menentukan arah tujuan kerjaya mereka, dan kemudiannya melatih dan membimbing mereka untuk sampai ke destinasi mereka itu.
Melalui program selama dua hingga tiga tahun yang dimulakan pada peringkat akhir sekolah menengah ini, Closing the Gap menggunakan kaedah bimbingan mentor untuk membantu anda menetapkan objektif pendidikan peringkat universiti anda sebelum anda menamatkan persekolahan menengah anda – agar anda dapat mengenalpasti program, universiti dan biasiswa yang paling sesuai untuk anda capai impian anda.
Program Kami
Kami menjalankan dua program dalam misi kami untuk membantu pelajar-pelajar menengah atas mencapai matlamat pendidikan tinggi mereka, iaitu Program CTG Core dan Program ReachUni.
CTG Core
Program fizikal 2 tahun untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 Bawah di kawasan Lembah Klang
Program maya selama 1 tahun untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 Bawah di luar kawasan Lembah Klang
ReachUni
Perjalanan Pelajar Tajaan Kami
Fasa 1
Siapa Saya?
Pelajar akan memulakan perjalanan mereka semasa di Tingkatan 5 atau Tingkatan 6. Mereka akan mendapat pemahaman yang jelas tentang minat, kemahiran, kecenderungan dan keperluan mereka sebagai persediaan untuk fasa seterusnya.
Fasa 2
Ke Mana Tujuan Saya?
Pelajar Tajaan YTAR akan mengenalpasti apakah pilihan laluan dan peluang yang ada setelah mereka mula mengenalpasti laluan kerjaya yang sesuai berdasarkan kemahiran, kecenderungan dan minat mereka.
Fasa 3
Bagaimana Nak Ke Sana?
Pelajar Tajaan YTAR akan mempelajari segala selok-belok dalam permohonan biasiswa dan segala keperluan untuk memastikan permohonan mereka berjaya. Pelajar Tajaan juga mungkin akan ditawarkan peluang latihan bekerja (internship) atau pekerjaan sewaktu fasa ini, sementara mereka menunggu keputusan.
Fasa 4
Bukti Masa Depan
Pada fasa ini, Pelajar Tajaan YTAR sudah mengenal pasti kursus dan universiti yang ingin mereka mohon, dan sudah mempunyai perancangan tentang bagaimana mereka akan membiayai pengajian mereka.
Menerusi program-program kami, pelajar akan memperolehi kemahiran, pengetahuan dan tetapan minda yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dan seterusnya mencapai cita-cita tinggi mereka. Ini kami lakukan melalui:

Pelajar dipadankan dengan mentor yang terdiri daripada para profesional dan graduan, yang akan memberikan mereka inspirasi dan bimbingan di sepanjang tempoh peralihan mereka ke universiti. Dengan bimbingan daripada mentor, mereka akan mengenalpasti matlamat peribadi dan minat mereka, dan seterusnya bersama-sama menjalankan proses permohonan biasiswa dan kemasukan ke institusi pendidikan tinggi.
untuk maklumat lanjut mengenai keperluan permohonan.
Impak
Closing The Gap
651
651
Pelajar Closing The Gap sejak 2017
242
242
Pelajar Closing The Gap di institusi pendidikan tinggi
63
63
Pelajar di Universiti Global berkedudukan 200 teratas
~ RM21 million
jumlah bantuan kewangan diterima oleh pelajar Closing The Gap sehingga Disember 2024








Kejayaan Destinasi dan Biasiswa Pelajar
Pelajar & Mentor
Closing The Gap Kami
Berikut adalah perkongsian pengalaman beberapa bekas pelajar dan Mentor Closing The Gap.
Saya amat berterima kasih dengan Mentor CTG saya iaitu Rachel kerana beliau telah banyak membimbing saya sepanjang perjalanan pendidikan saya. Daripada tidak tahu apa yang nak dilakukan selepas SPM, kurang keyakinan diri, dan hampir tidak tahu mengucapkan satu ayat dalam Bahasa Inggeris, kini saya telah berjaya mendapat ijazah dalam jurusan Reka Bentuk Pengiklanan dengan biasiswa penuh dan mempunyai pekerjaan yang saya minati.

Shelly
Pelajar Closing The Gap 2017
Saya amat berterima kasih kepada Mentor CTG saya iaitu Rachel kerana beliau telah banyak membimbing saya sepanjang perjalanan pendidikan saya. Daripada tidak tahu apa yang nak dilakukan selepas SPM, kurang keyakinan diri, dan hampir tidak tahu mengucapkan satu ayat dalam Bahasa Inggeris, kini saya telah berjaya mendapat ijazah dalam jurusan Reka Bentuk Pengiklanan dengan biasiswa penuh dan mempunyai pekerjaan yang saya minati.

Rachel
Closing The Gap Mentor 2017
Melalui program CTG, saya telah dipadankan dengan seorang Mentor yang telah meyakinkan saya bahawa impian saya untuk melanjutkan pelajaran ke insitusi Ivy League bukanlah satu impian yang mustahil. Dhruva, Mentor saya, telah memberikan saya bimbingan peribadi sewaktu memohon universiti dan biasiswa dan menghubungkan saya dengan ahli Alumni dari institusi-insitusi yang berkenaan. Dengan sokongan CTG, saya telah mendapat tawaran daripada 10 universiti terkemuka termasuk Universiti Stanford.

Yugendran
Pelajar Closing The Gap 2017
Momen yang paling menggembirakan sepanjang program CTG adalah apabila Mentee saya berjaya mendapat biasiswa untuk belajar di Epsom College dan Stanford University. Pada pendapat saya, sebahagian besar daripada pengisian program CTG adalah pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang peluang yang ada. Bagi sesetengah daripada mereka, ianya satu proses untuk mengeluarkan mereka daripada zon selesa bagi meluaskan perspektif mereka. Bagi yang lain pula, ianya adalah untuk mendorong mereka untuk mempunyai azam dan impian yang lebih tinggi dalam pendidikan dan cita-cita mereka.
_JPG.jpg)
Dhruva
Closing The Gap Mentor 2017
Program maya ReachUni telah memberikan saya pendedahan kepada laluan pendidikan tinggi dan melengkapkan saya dengan kemahiran untuk memohon biasiswa dan universiti. Melalui program ini saya telah berpeluang menyertai bengkel, kem simulasi kediaman universiti dan digandingkan dengan Mentor yang telah memberikan saya sokongan peribadi sehingga saya berjaya mendapat biasiswa penuh untuk belajar di Universiti of Melbourne.

Adam
Pelajar ReachUni 2022
Pengalaman di CTG mengimbas kembali kenangan sewaktu saya sendiri merancang laluan saya selepas SPM. Saya amat berbesar hati kerana telah dapat memberikan Mentee saya sokongan yang dia perlukan dan menjadi seseorang yang saya idamkan semasa saya lebih muda.

Asrif
Closing The Gap Mentor 2018
Close The Gap Bersama Kami.
Jadi Rakan Usahasama Kami.
Sertai kami untuk sama-sama meringankan beban dan menyumbangkan bantuan dan sokongan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
-014_edited.jpg)


Mentor
Bersama Kami
Sertai kami sebagai Mentor dalam program Teras kami. Kami sentiasa mencari sukarelawan untuk menyokong program kami secara sekali beri (one-off).
Penajaan
Program
Sumbangkan tajaan untuk satu kohort pelajar yang mengambil bahagian dalam program akses pendidikan tinggi kami. Sebagai alternatif, anda juga boleh menyumbangkan dana kepada “Higher Education Bridging Fund” kami untuk membantu perjalanan pelajar tajaan kami mendapatkan pendidikan tinggi.
Menjadi Rakan
Usahasama
Bekerjasama dengan kami untuk menyediakan pelbagai peluang seperti latihan amali, bengkel atau tugasan khas untuk memperkayakan pengalaman pelajar tajaan kami.




